LANJUTAN HIMPUNAN GELITA 505 PADANG MERBOK TUNTUTAN TETAP DITERUSKAN
- TUNTUTAN DITERUSKAN DENGAN KERAS MENUNTUT PENGERUSI SPR, PENIMBALNYA DAN PESURUHJAYA-PESURUHJAYA SPR MELETAK JAWATAN KERANA KEWIBAWAAN SPR TERJEJAS AKIBAT PENIPUAN DI BAWAH KELOLAAN MEREKA DALAM PRU KE 13
- PRU SEMULA DI 30 KAWASAN YANG TERDAPAT PENIPUAN SECARA TERANG
- PEMERHATI BEBAS DI KALANGAN NEGARA-NEGARA ASEAN DILANTIK SEBAGAI PEMANTAU BEBAS UNTUK MENILAI PERJALANAN PRU YANG PIAWAI, BEBAS DAN TELUS.
Menurut tuntutan mereka :
Kami tidak akan balik selagi tidak menang. 7 orang yang terlibat dalam penipuan SPR mesti melatak jawatan !
“Ayuh bersama, kita mampu menjadikan kelainan untuk kali ini. Pulang hanya bila menang, anak muda mencipta sejarah. Biarlah malam ini menjadi satu permulaan yang hebat,” ujarnya lagi.
UCAPAN MENGUJAKAN HAJI MAT SABU DI HIMPUNAN BLACK 505 PADANG MERBOK KL
Ucapan Mat Sabu yang begitu memikat ,
menghibur dan mengujakan. Ternyata Mat Sabu dapat menggeletek jiwa
peserta perhimpuanan seramai 50.000 dengan cara bersantai . Mereka akur
bahawa himpunan BERSIH dengan 8 tuntutannya yang fundemental adalah
perjuangan suci untuk membersihkan Malaysia daripada kemungkaran UBN.
Namun bukannya mudah untuk mengubah.
Inilah hakikat politik dunia ketiga di mana kemenangan parti pemerintah
KETUANAN MELAYU bergelumang dengan penipuan dan berbagai kesewenangan.
Mengapa? Masih ramai rakyat yang hidup dan bernafas dalam dunia
kejahilan.
Bahawa politik UMNOlah yang
menyelamatkan orang Melayu.Sebenarnya tidak ? Kuasa apabila
disalahgunakan akan membawa bencana. Seruan kita tolonglah saudara kita
yang zalim ……….terkejut…………supaya dia mengubah sikap daripada zalim
kepada adil menerusi protes dan peringatan yang terang. Jika tidak mahu
ubah juga terserahlah kepada rakyat. Jalan perjuangan untuk
menjatuhkan rejim yang paling liat dan tegar menerusi PRU ini masih
panjang. Pendidikan untuk kecelikan politik mesti diwar warkan di
peringkat akar umbi untuk melawan diayah, fitnah dan propaganda media
UBN.
UCAPAN ANWAR – HIMPUNAN 50.000 BLACK 505 DI PADANG MERBOK KL
Perhimpunan ini dihadiri oleh lebih
daripada 50,000 rakyat yang datang daripada seluruh pelusuk negara.
Berjaya mengumpulkan jumlah rakyat yang ramai walau pun berlaku
jerebu.Namun rakyat tetap menyambut perhimpunan yang bersejarah ini .
Dengan tegas DSAI memutuskan kita akan lawan di dalam parlimen dan di
luar parlimen atas penipuan yang terang dalam PRU ke 13 ,Satu pun
tuntutan BERSIH, tuntutan rakyat yang mahukan PRU yang bersih dan telus
tidak ditunaikan. Termasuk dakwat kekal yang menjadi permainan
“sandiwara”
HIMPUNAN BLACK 505 AT PADANG MERBOK – POLIS BAIK NEGARA AMAN
MALAYSIA Black 505: Police are “being nice” today and the crowd cheers
June 22, 2013
Until now, the Black 505 rally has been incident free and there are
an estimated 20,000-plus supporters at Padang Merbok and its surrounds.Kuala Lumpur police chief Datuk Mohmad Salleh has said no reports have been lodged and nor have there been any arrests. “The situation is under control.”
Although police are present in huge numbers, their duties are confined to traffic regulation and crowd control.
One of the spearkers, Badrul Hisham Shaharil, better known as Chegubard, praises police for “being nice” today.
He then chants “police baik, negara aman” to the cheers of the crowd.
Earlier, the authorities relented and agreed that the Black 505 rally could go on at Padang Merbok.
Dozens of policemen and City Hall officers stood and watched as organisers installed the public address system for the event.
One of the leaders of the rally, Datuk Johari Abdul, confirmed that police and City Hall had given their approval to hold the mass gathering at the field which until several hours ago was out of bounds.
“We thank the government for giving us our space to assemble,” he said.
Johari has also reminded the people already assembled there to sit down and listen to the speeches and not to provoke the police.
HIMPUNAN GELITA 505 DI PADANG MERBOK PADA 22 JUN 2013
Kami turun bukan untuk huru hara – Orang Asal
Muhammad Faeez Azahar, | 22 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR: Kira-kira 300 Orang Asal dari Tapah turut hadir dalam himpunan aman Black 505 di Padang Merbok bagi membantah penipuan Pilihan raya Umum ke-13 lalu.
Mereka telah disekat untuk keluar mengundi dan diberi rasuah kepada Orang Asal.
Nama mereka juga tiada dalam senarai pengundi.
“Kami turun bukan untuk huru hara tetapi untuk menuntut hak mereka.
“Hak kami telah dinafikan, kami datang untuk mengundi tetapi disekat. Kami bukan nak membunuh,” kata Bahilit, 50, seorang wakil Orang Asal ketika berucap di hadapan Dataran Merdeka.
Mereka kesal kerana BN meminggirkan mereka sedangkan mereka berasal dari negara ini daripada generasi nenek moyang mereka.
[LAPORAN LANGSUNG]
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Bakri Zinin supaya tidak bersikap seperti pemimpin Umno bahagian untuk cuba menyekat perhimpunan Black 505 Sabtu ini.
Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh menjelaskan perhimpunan itu adalah satu himpunan aman dan polis tidak sepatutnya membuat sekatan atau amaran.
“Majoriti rakyat mengharapkan senario berubah. Perhimpunan kita aman. Saya kesal tindakan diambil terhadap penganjur. Sebelum ini tiada gangguan majlis cuma masalah teknikal.
“Kami tak ada konfrantasi, cuma timbalan ketua polis negara boleh beri pandangan tapi jangan bagi amaran atau ugut macam ketua bahagian Umno. Kita setuju kalau nak ada perbincangan,” katanya dalam sidang media di Petaling Jaya.
BERITA TERKINI
3.27pm: Mazlan Aliman dalam ucapannya pula berkata, bantahan rakyat akan dibuat secara berterusan selagi mana pimpinan SPR tidak diubah.
“Meskipun BN mendabik dada mendapat mandat rakyat tetapi hakikatnya mandat mereka adalah tipu dan palsu
“Penegasan kita selagi mana SPR tidak diubah kita lawan tetap lawan, lawan sampai menang,” katanya.
PUNCA PERPECAHAN BUKAN KERANA POLITIK TETAPI KERANA KEJAHILAN
UMAT ISLAM BERTELAGAH BUKAN KERANA KEFAHAMAN.MEREKA BERTELAGAH KERANA KEJAHILAN.
Siapa yang mencipta dan memarakkan
perpecahan dalam Islam ? Sudah tentu musuh-musuh Islam. Unsur-unsur ke
arah perpecahan pasti sudah pun ada berdasarkan garis politik. Pun
begitu perlu wujud rasa hormat menghormati di antara satu sama
lain.Boleh bersatu sekiranya masing-masing celik politik, bersifat
terbuka dan faham apa dia Islam dan politik Islam yang sebenarnya ?
Perpecahan kini akan menjadi bertambah
marak. Lebih-lebih lagi dikalangan umat Islam yang jahil. Mereka yang
tidak ada dasar pegangan yang kukuh berdasarkan Islam yang syumul.
Mereka yang hanya menerima fatwa yang berat sebelah dan compang camping
daripada ulama yang dilantik oleh politik pihak berkuasa tanpa melihat
realiti. Apa yang berlaku secara tepat. Amat jitu kupasan Imam Mujtahid
yang ulung Al Ghazali tentang apa dia hukum ?
Ada pun Hukum itu ialah fatwa para ulama disaat berkecamuknya kezaliman untuk memenuhi tuntutan pihak pemerintah.
Sejarah membuktikan keempat-empat imam
besar ahli sunnah wal jamaah Hanafi, Maliki, Shafie dan Ahmad berada di
luar pemerintah. Mereka enggan menerima jawatan mufti supaya memberi
fatwa selaras dengan kehendak pihak berkuasa.Mereka menolak menerima
upah dan jawatan kerana takut bersekongkol dengan kezaliman pemerintah
dan bersubhat dengan kemungkaran. Mereka ingin menjadi autoriti yang
bebas memperkatakan kebenaran berdasarkan Al Quran dan Sunnah.
Bukannya menyesuaikan Quran dan Sunnah
dengan kepentingan politik semasa untuk mengesahkan apa yang
salah.Tepatnya apa yang pemerintah buat dengan sewenang-wenang. Mereka
rela menerima risiko atas ketegasan mereka. Hanafi diracun dalam
penjara, Imam Ahmad disebat dan Imam Shafie diftnah kononnya berfahaman
syiah.
Justeru bila ulama menentang pemerintah
bukan bererti ulama tersebut pendurhaka atau pemecah belah perpaduan.Apa
yang ulama sampaikan ialah nasihat yang berdasarkan nas yang perlu
diteliti oleh ulama jua untuk disampaikan secara tuntas kepada pihak
berkuasa untuk diamalkan demi muslihat umat Islam Dengan itu kefahaman
akan bertambah dan kerjasama ulama dan umarak akan terjelma.
Wujudnya Syiah, Wahabi, ajaran sesat,
ancaman kristianinasi, sekularisme, liberarlisem dan sebagainya bukan
untuk menuduh dan memangsakan sesiapa secara mudah. Bahawa mereka sesat
dan punca perpecahan Islam. Isu-isu ini harus ditangani secara
bijaksana. Ia menunjukkan betapa dangkalnya kefahaman umat Islam
tentang agama mereka. Adakah ruang untuk menyampaikan Islam yang total
secukupnya diberi. Bertuujuan menjelaskan apa dia iman, apa dia kufur.
apa dia Islam yang kaffah apa dia Islam yang berat sebelah?
Bermula dari sinilah ulama diberi
peranan maju ke depan dalam media massa untuk menjelaskan kekeliruan dan
menambah kefahaman tentang agama di kalangan umat Islam sendiri. Nabi
Muhammad diutus kepada kaum yang jahiliyyah untuk menjelaskan tentang
kebenaran tauhid berbanding dengan kemusyrikan.
Hakikatnya ISLAM TERLINDUNG DI SEBALIK
KEJAHILAN UMAT ISLAM SENDIRI. PERANAN ULAMA UNTUK MEMBUKA DAN
MENCELIKKAN UMAT PATUT DIBUKA BUKANNYA DITUDUH SEBAGAI PENGHASUT DAN
PEMECAH BELAH PERPADUAN !
TUDUHAN TERSEBUT SANGAT TIDAK
BERTANGGUNG ,BERSIFAT POLITIK KEPARTIAN DAN SEBENARNYA MENJADI PUNCA
KEPADA PERPECAHAN. TELAH LAMA ISLAM DAN ULAMAK DIMANGSAKAN OLEH
KEADAAN.A AKIBATNYA BERTAMBAH-TAMBAHLAH PUAK YANG FANATIK DAN JAHIL
MURAKAB DI KALANGAN UMAT INI . MESEJNYA IALAH KEJAHILAN PUNCA PERPECAHAN
!
PESTA DEMOKRASI -MENJELANG PERHIMPUNAN AMAN BLACK 505
Terkini!!! Langsung Suasana Himpunan Blackout 505… Wow!! Sambutan Amat Hebat.. Jom Terjah!!!
Suasana di hadapan Masjid Negara
POLITIK DUNIA KETIGA YANG WAJIB DIHINDARKAN TETAPI SERING BERLAKU
Apakah dia politik dunia ketiga. ?
Politik dunia ketiga ialah politik kedikdatoran, salah guna kuasa dengan
berselindung di sebalik demokrasi. Penggunaan alat-alat kerajaan
terutama media untuk tujuan politik dan propaganda dengan
sewenang-wenang.
Timbul istilah demokrasi terpimpin,
demokrasi ala itu dan ini. Ianya disesuaikan mengikut selera pihak yang
memerintah yang sangat jauh menyimpang daripada nilai demokrasi yang
asasi dan standad . Sesuatu yang dikenali sebagai DEMOKRASI yang asasi.
Seorang pengkaji DEMOKRASI telah mengkritik DEMOKRASI ala AS yang
terkenal bebas dengan berkata :
Saya tidak mahu melihat politik AS
tidak jauh berbeza dengan politik dunia ketiga sebagaimana Zimbabwe.
Kemenangan dalam pilihan raya tidak lagi diyakini malahan amat diragui
oleh rakyat.
Salah satu bentuk penyelewengan yang
ketara ialah penggunakan peruntukan kerajaan dan dana korporat dengan
sewenang-wenang untuk tujuan pilihanraya secara bebas tanpa had dan
kawalan semata-mata untuk tujuan parti yang memerintah. Mengenai ini
seorang ahli politik AS yang terkenal Teodore Rooselvelt ( Presiden AS
sebelum Perang Pasifik) telah memberi amaran, juga nasihat yang
berguna. Sejak dari awal beliau telah mengesan kepincangan ini dalam
pelksanaan proses demokrasi. Maksud kenyataannya seperti berikut :
Undang-undang sepatutnya telah
diluluskan untuk menyekat penggunaan tabung korporat untuk tujuan
politik sama ada secara langsung atau tidak langsung. Ia bukan sekadar
diluluskan saja bahkan mesti dilaksanakan dengan tegas. Undang-undang
untuk mengawal bahkan untuk menguatkuasakan amat perlu. Tujuannya untuk
menghalang penyelewengan dana korporat yang berleluasa untuk tujuan
politik pihak berkuasa semata-mata.
Amat memeranjatkan dalam gaya politik
dunia ketiga rakyat tidak begitu penting. Lebih malang lagi ialah sikap
tidak mengendahkan ahli-ahli parti peringkat bawahan :
- Menganggap ahli biasa tidak penting.Yang terpenting ialah satu dua pemimpin atasan.Merekalah yang mencorakkan segalannya. Ahli biasa mesti mengikut dengan membuta-tuli. Corak kepimpinan begini walau ada pada parti mana sekali pun wajar dihindari di Malaysia. Mengapa ? Ia melambangkan keangkuhan pemimpin yang tidak sensitif dengan perasaan dan tuntutan orang bawahan.
- Ramai pemimpin terlupa mereka berkuasa kerana diangkat oleh orang bawahan. Sikap lupa daratan dan kacang lupakan kulit ini sangat meluas dalam kalangan kepimpinan politik kita.Mereka baru tersedar setelah kalah atau tidak lagi berkuasa.Apa jasa yang mereka tinggalkan. Jasanya tidak melekat dalam sejarah dan menjadi ingatan di kalangan rakyat. Pemimpin datang dan pergi tanpa jasa.Yang diingat ialah sisi-sisi yang buruk daripada kepimpinannya.
- Pemimpin seperti Tun Razak dikenang.Adakah sesiapa yang mengikutinya. Beliau turun padang menyelami denyut nadi perasaan dan kehendak rakyat. Ramai permimpin berada dipermukaan dan sedikit sangat yang turun ke bawah.Sebab itu kenaikan harga barang, bayaran TOL yang melampau , inflasi yang mengapung ,perumahan,belanja pendidikan yang tinggi dll permasalahan yang menghimpit rakyat tidak terasa oleh mereka. Mereka hidup di alam yang lain tanpa membayar bil, diliputi dengan keistimewaan yang terhebat sedangkan rakyat masih hidup melarat.
APABILA DIBERI KEKUASAAN USAH BERBUAT KESEWENANGAN DAN MENJADIKAN KEKAYAAN ITU BERLEGAR-LEGAR DI SEKITAR SATU GOLONGAN SAHAJA.
Maksud hadis Nabawi menyatakan dua
kalangan daripada umatku apabila baik mereka baiklah
keseluruhannya.Rosak mereka rosaklah keseluruhannya iaitu ulama’ dan
umara’
MENGAMBIL IKTIBAR KENYATAAN TEGAS DR MAHATHIR TENTANG RASUAH
KATA SAIDINA ALI MANUSIA TERSEMBUNYI
DI SEBALIK LIDAHNYA . MARI KITA MENILAI KENYATAAN TEGAS DR MAHATHIR
TENTANG RASUAH. FATWA BELIAU ORANG YANG MAKAN RASUAH MAKAN BENDA YANG
HARAM SEUMPAMA MEMAKAN DAGING BABI.ITU GAMBARAN BURUK TENTANG AIBNYA
RASUAH. PERSOALANNYA MENGAPA RASUAH BEGITU BERLELUASA DI MALAYSIA
SEBAGAIMANA PENDEDAHAN AWSJ SEHINGGA INDEKSNYA DIKATAKAN MELEBIHI
INDONESIA YANG DIMOMOKKAN SEBAGAI NEGARA YANG TERKENAL DENGAN RASUAH .
INI PULA PENDEDAHAN PERBANDINGAN TENTANG INDEKS RASUAH YANG DIBUAT
OLEH ASIAN WALL STREET JOURNAL DI ANTARA NEGERA-NEGARA YANG TERPALIT
DAN TERBURUK DI DUNIASUMBER berita berpengaruh dunia, Wall Street Journal, WSJ yang dipetik oleh siaran berita Asia Today melaporkan bahawa Malaysia merupakan Juara Rasuah Dunia. Lebih malang laporan itu memaklumkan kadar rasuah Malaysia lebih buruk berbanding negara yang terkenal dengan rasuahnya iaitu Indonesia.
Selain itu Malaysia dilaporkan sebagai negara paling mudah menerima rasuah menurut kajian yang dijalankan oleh badan pemantauan rasuah dunia, Transparency International.
Saksikan sendiri laporan berita Asia Today tersebut dalam rakaman di bawah ini.
Mana tidaknya, bekas Perdana Menteri Najib Razak ketika masih memegang jawatan Perdana Menteri pun secara terang-terangan memperkenalkan budaya rasuah “I help you, you help me” rujuk sini klik ~ Najib Ajar Anak Kita Budaya Rasuah
MENGAMBIL IKTIBAR DARIPADA HADIS NABI TENTANG RASUAH YANG MAKSUDNYA BEGINI:
Kerosakan
umat dahulu kala berlaku apabila sesuatu kesalahan dilakukan oleh
rakyat jembel/bawahan mereka yang berkuasa akan menghukum dengan
seberat-berat hukuman.Bila kesalahan itu mengenai mereka, pihak yang
berkuasa nescaya akan dicari jalan keluar. Sesungguhnya aku Muhammad Rasulullah sekiranya anakku Fatimah mencurI aku sendiri yang akan memotong tangannya.
PINTU MASIH TERBUKA UNTUK PSM MENYERTAI PAKATAN RAKYAT
Doors still open for PSM, says Anwar
Thursday, 20 June 2013 Super Admin
As long as Parti Sosialis Malaysia (PSM) endorses the Pakatan Rakyat common policy, it could join the opposition coalition, said Anwar Ibrahim.