About Us

BERITA
Baru-baru ini akhbar China merayakan ulang tahun ke 100  kelahirannya  yang gemilang di P. Pinang. Mereka menjemput para pengarang China daripada seluruh dunia. Perasmian dilakukan oleh CM Lim Guan Eng. Persidangan ini bertepatan dengan kejayaan gemilang DAP menawan P.Pinang pada  Mac 2008. Kejayaan 100 peratus.19 kerusi bertanding 19 kerusi menang.
DOMINASI MEREKA MUTLAK DI SINGAPURA,
HAMPIR MUTLAK DI PULAU MUTIARA ,
KIAN MENGGUGAT DI PERAK,
MULAI MELEBAR  KE SERAWAK.
Mencipta gelombang  di seluruh Malaysia dan mejadi kuasa yang padu dan penentu  dalam Pakatan Rakyat. DAP mendapat hasil yang besar daripada PR. Ia tidak lagi dilihat chauvinis dan perkauman. Propaganda UMNO mati kutu.

ADA BEBERAPA TONGGAK  YANG
MEMEGANG KEPENTINGAN  MASYARAKAT CHINA DI MALAYSIA

DEWAN PERNIAGAAN CHINA,
NGO CHINA,
SEKOLAH DAN PENDIDIKAN CHINA,
PERSURAT KHABARAN CHINA,
PARTI- PARTI  POLITIK CHINA.
Semuanya bergerak seiring. Tahu peranan masing –masing demi untuk survival bangsa. Tidak perlu bertelingkah dan jumud dengan pegangan politik yang melulu. Bahawa aku benar yang lain salah. Masing-masing ada ruang untuk bersuara.
Mereka berjaya kerana berpegang kepada tradisi dan prinsip suci. Tetap mempertahankan  bangsa tanpa dikongkong oleh sesiapa. Mereka melaporkan berita secara telus dan terperinci .Tidak menggelapkan berita . Melaporkan yang benar dan menyeluruh untuk  memperkukuh bangsa dan  kebangsaan yang jitu.
Mereka tidak menjadi alat propaganda kepada mana-mana pihak secara gelojoh sehingga mematikan berita. Prinsip kesahihan menjadi paksi utama. Umum berpuas hati kerana mereka ada hak dalam melaporkan berita dan mengambil bahagian secara seimbang.
Peranan ini telah dimainkan oleh Utusan Melayu lama sebelum merdeka. Siapakah yang mematikannya selepas merdeka ? INILAH BERITA YANG DIGELAPKAN. GAGAL DILAPORKAN SECARA TELUS. SIAPA ? BUKANKAH KALANGAN BANGSA KITA SENDIRI KERANA TAMAKKAN KUASA. KEFEUDALAN KITA AMAT TEBAL. AKHIRNYA SELURUH BANGSA MENJADI MANGSA.LESU DAN JAHIL.
PRINSIP BERITA : Katakanlah yang benar  walau pun ianya pahit. Lebih lanjut tanya Pak Said Zahari. Beliau  Ketua Pengarang UTUSAN MELAYU yang merengkok 17 tahun dipenjara tanpa bicara kerana mempertahankan dasar kebebasan akhbar.
Selepas itu Utusan Melayu melencong daripada kebenaran dan berakhir dengan mati tanpa kubur.Inilah hasil daripada jenayah dan pengkhianatan  terhadap kebebasan akhbar. Tradisi yang baik ditamatkan.Tradisi yang buruk dihidupkan.
Lebih-lebih lagi apabila munculnya UTUSAN MALAYSIA. Bahasa Melayu yang istimewa kerana memiliki 2 sistem tulisan yang sama kuat JAWI dan RUMI dipinggirkan. Tradisi Jawi yang lama warisan Islam dimatikan apabila kerajaan UMNO Perikatan mengeluarkannya daripada kurikulum sekolah rendah.
Kita bertekad mengembalikan tradisi JAWI dan RUMI sebagai keistimewaan BM di dunia. Kini BM masa depannya terancam di bumi sendiri apabila BI dianggap istimewa. Pak-pak menteri kita lebih selesa dan  terbiasa mengutamakan BI.
 Adakah jati diri itu berlaku di Thailand dan Indonesia ? Dalam negara cakaplah bahasa ibunda.  Mana ada ruang untuk mantapkan BM bila para pemimpin kita mengabaikan.Lihat macam Ong Tee Kiat dan Lee Lam Tye BM nya fasih.
Akhbar online ini akan menghidupkan TULISAN JAWI kembali sebagai media berita UTUSAN THE MESSAGE, tulisan rumi, laporan berita daripada akhbar China, India, berita Nusantara, media Barat dan dunia Islam seumumnya ke  arah kecelikan bukan pengongkongan.Media adalah kuasa dan kuat bila sahih lagi benar. Masyarakat bermaklumat dan tahu menilai berita. Memasukkan input yang baik dan mengeluarkan yang bermutu.
Ingat kita berada di wilayah Nusantara. Di Dunia Melayu yang mempunyai 300 juta umat Islam. Mengapa kita perlu berasa terlalu kecil. Kita adalah satu kuasa yang besar dan ada amanah untuk ditunaikan.
Dengan izin Allah insya Allah pasti  menjana kebangkitan untuk kemakmuran dan keadilan sejagat.Asasnya ialah  tegak di atas prinsip TAWHID, RISALAH  ALLAH untuk seluruh umat Manusia.
Utusan The Message ingin kembali ke pangkal. Suara umat Melayu dan Islam mestilah benar,menyeluruh  dan membawa RISALAH YANG   SAHIH,     mewakili segala segi kepentingan bangsa Melayu,  umat  Islam di Nusantara khasnya dan dunia Islam seumumnya.
Kita akan tegak di atas paksi kemanusiaan, siapa yang teraniaya akan dibela. Kezaliman walau sebesar mana sekali pun amat  dibenci Allah Maha Pencipta . Allah Maha Adil dan  berpaksi  kepada KEADILAN, RAHMAT untuk semua.Allah menghukum sesuai dengan pilihan kita di atas jalanNya.
Zalim yang nyata ialah melaporkan yang palsu untuk tujuan memesongkan berita sehingga menjadi fitnah dan propaganda. Inilah intipati persuratkhabaran yang dikawal oleh pihak yang berkepentingan. Mereka mengyasai MEDIA, MONEY, MACHINENARY dan sering melakukan  MONOUVARE.  Seperti kata Abraham Lincoln:
Kamu boleh menipu semua orang  pada satu-satu masa, kamu boleh menipu setengah-setengah orang pada semua masa,  tetapi kamu tidak boleh menipu  semua orang pada semua masa.

MARILAH KITA MEMECAH MENOPOLI BERITA
HEGEMONI  PAKSI KEJAHATAN YANG MENCENGKAM DUNIA
ISLAM MEMBAWA KEADILAN UNTUK SEMUA
MUHAMMAD ADALAH RAHMAT UNTUK ALAM SEMESTA
IA SENTIASA BENAR TIDAK PERNAH BERDUSTA
KITA YANG MENGAKU UMAT MUHAMMAD
MESTI BERAKHLAK DENGAN AKHLAKNYA
BENAR DAN SAHIH SEBAGAIMANA  KITAB PEGANGANNYA !
ITULAH IKUTAN KITA AMANAH,BENAR, TELUS DAN BIJAKSANA.