Tuesday, June 19, 2012

Nasib Warisan Melayu Tanjong Tokong

Selamatkan Kg Tanjong Tokong - 2 Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle Satu demi satu kampung Melayu hilang atas nama pembangunan. 

Projek-projek pembangunan yang dilaksanakan atas tapak bekas perkampungan Melayu di Pulau Pinang disempurnakan oleh kedua-dua pihak, iaitu pemaju swasta dan agensi pemerintah atau syarikat berkaitan kerajaan. 

Di kawasan bandar raya George Town, tiada lagi perkampungan Melayu dalam erti kata yang sebenar. Yang masih tegak tetapi tidak semestinya tidak akan rebah ialah beberapa buah kampung kecil seperti Kampung Makam (wakaf Sheikh Kassim) dan saki baki perkampungan Melayu di Tanjong Tokong. 

Di mukim Kelawai, umpamanya, kampung Melayu termasuk yang berada di sepanjang pantai yang kini terkenal dengan Plaza Gurney, Hotel G, Hotel Gurney dan Hotel Evergreen Laurel telah lama berkubur. 

Antara Kelawai dan Tanjong Bunga, kampung Melayu yang sebenarnya hanya wujud di Tanjong Tokong kerana beberapa buah kampung di Bagan Jermal, Bagan Atas dan Tanjong Tokong sendiri telah hilang ditelan pembangunan. 
 
 Kondo mewah di tepi pantai Tanjong Bunga ini pada asalnya sebuah penempatan atau kampung Melayu yang bergantung hidup sebagai nelayan. 

Kondo ini berharga satu juta ringgit ke atas dan tidak mampu di beli atau dimiliki oleh orang Melayu yang merupakan penduduk asal di situ. 

 

Inilah wajah Kampung Haji Mahmood, Tanjong Tokong setelah ia dibersihkan daripada rumah-rumah kayu berbumbungkan atap nipah. Inilah bangunan yang bakal menghiasi Kampung Haji Mahmood. 
 




Sebuah unit kondo mewah berharga tidak kurang daripada 850 ribu ringgit. Kampung Melayu Tanjong Tokong adalah antara perkampungan Melayu yang awal wujud di Pulau Pinang. Semasa nakhoda kapal Syarikat Hindia Timur atau East India Company (EIC) bernama Francis Light mendarat di Tanjong Penaga (dekat Padang Kota Lama), kampung Melayu Tanjong Tokong sudah pun wujud.

 Ia bukan sebuah kampung yang dibuka selepas kedatangan Inggeris pada tahun 1786 tetapi jauh lebih awal. Ia adalah warisan bangsa. Malangnya, atas nama pembangunan, satu demi satu kampung Melayu antara Kelawai dan Tanjong Bunga dilenyapkan. 

Kini nasib perkampungan Melayu Tanjong Tokong berada dihujung tanduk. Kerajaan Persekutuan telah membuat keputusan untuk membangun semula Tanjong Tokong dan tugas itu diserahkan kepada UDA Holdings Bhd.

 Penduduk kampung dilabelkan sebagai setinggan sedangkan nenek moyang mereka telah menghuni perkampungan itu sejak 200 tahun lalu. Inilah nasib kampung-kampung Melayu di Pulau Pinang. 

Musibah yang menimpa Kampung Buah Pala sebenarnya telah dialami jauh lebih awal oleh beberapa buah kampung Melayu termasuk di Ayer Itam, Kampung Rawa, Kampung Rawana, Jelutong, Sungai Nibong, Gelugor dan Bayan Lepas.

 Pembangunan semula perkampungan Melayu Tanjong Tokong dikatakan akan menelan belanja 800 juta ringgit hingga satu bilion ringgit. 

UDA Holdings menjangkakan pembangunan semula itu akan dapat dilaksanakan antara lapan hingga 10 tahun dalam empat fasa, membabitkan pembangunan bercampur rumah kediaman dan unit-unit komersil. 

Keseluruhan projek pembangunan itu membabitkan kawasan seluas 30 hektar termasuk tanah pantai (laut) yang dipulih guna. Cadangan pembanguna semula itu membabitkan 870 keluarga yang akan dan telah dipindahkan ke penempatan sementara secara berperingkat.

Menurut laporan media, 250 keluarga telahpun dipindahkan pada tahun 2007 yang membolehkan fasa pertama projek berkenaan dimulakan. 

Yang pasti, pembangunan semula perkampungan Melayu Tanjong Tokong akan sekali gus melenyapkan sebuah kampung tersusun yang menjadi lambang warisan Melayu Pulau Pinang kerana kampung-kampung lain dalam kawasan bandar raya dan pinggir bandar sudah menjadi sejarah.

 Setiap kali pulang ke Pulau Pinang, saya dan isteri pasti ke Tanjong Tokong awal pagi untuk membeli kuih-muih Melayu. Inilah salah satu keistimewaan kampung Melayu Tanjong Tokong, iaitu mengekalkan penghasilan kuih tradisional Melayu. 

 Tanjong Tokong melahirkan beberapa tokoh yang berjasa kepada negara seperti pejuang kemerdekaan dan tokoh wartawan yang tidak didendang, Allahyarham Ibrahim Mahmood (Kampung Haji Mahmood sempena nama bapanya), 

Allahyarham Datuk Mohamad Sopiee Sheikh Ibrahim (sebatang jalan di kampung itu dinamakan sempena nama bapanya) dan anaknya Allahyarham Tan Sri Dr Nordin Sopiee, dan mantan datuk bandar KL Tan Sri Elyas Omar. 

Penduduk Tanjong Tokong bukan menentang pembangunan tetapi mereka mahu mengekalkan satu-satunya kampung Melayu yang tersusun yang masih wujud dalam kawasan bandar. Kampung Melayu Tanjong Tokong adalah warisan bangsa, warisan negeri dan warisan negara.

 Kita bimbang nasib yang menimpa satu-satunya perkampungan masyarakat India/Tamil di Pulau Pinang, iaitu Kampung Buah Pala, akan menimpa sebuah lagi kampung Melayu. Apakah tidak cukup pengorbanan perkampungan Melayu selama ini?

Apakah sukar untuk mengekalkan sebuah kampung yang benar-benar kampung tradisional Melayu Pulau Pinang? Nampaknya begitu. Arah aliran pembangunan di Pulau Pinang yang melibatkan pembangunan kediaman pencakar langit terutama kondo mewah kini sudah menular ke kampung-kampung Melayu di Bayan Lepas, Teluk Kumbar, Teluk Tempoyak, Batu Maung dan seterusnya akan merebak ke Balik Pulau. 

Di Bayan Lepas, beberapa buah kampung termasuk yang berjiran dengan kampung kelahiran mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Haji Ahmad sudahpun hilang dan digantikan dengan pangsapuri dan kondo mewah. 

Bukit-bukau turut ditarah termasuk yang menghadap laut di antara Tanjong Bunga dan Telok Bahang. Semasa membesar di Pulau Pinang, saya tidak pernah mendengar apatah melihat tanah runtuh di Tanjong Bunga hingga ke Telok Bahang. 

Sekarang ia menjadi kenyataan akibat daripada pembangunan kediaman mewah atas bukit. Berbalik kepada pembangunan semula Tanjong Tokong, UDA Holdings akan menukar wajah kampung Melayu kepada dua buah projek yang dinamakan Warisan Tanjung (tak tahu pula saya warisan apa yang dimaksudkan sedangkan warisan sebenar dihapuskan) yang akan mengandungi 15 blok rumah pangsa lima tingkat (1,350 unit) dan sebuah bangunan komersil. 

Perlu diingatkan pembangunan rumah pangsa lima tingkat tidak perlu disediakan lif. Ya, orang Melayu cukup gagah untuk memanjat tangga, barangkali itulah sebabnya didirikan rumah pangsa lima tingkat. Atau, itulah bentuk kediaman yang sesuai didiami oleh orang Melayu. 

Projek kedua yang akan dimajukan atas tapak pulih guna (tambak laut) dinamakan Tanjung West, akan mengandungi rumah pangsa berharga sederhana rendah, pangsapuri, kondo dan bangunan komersil.

 Ia membabitkan kawasan seluas 16.6 hektar. Episod Kampung Buah Pala sudahpun di penghujung jalan dan penduduk kena akur dengan kehendak undang-undang, sama ada ianya betul atau sebaliknya, kini nasib penduduk kampung Melayu Tanjong Tokong yang cuba mempertahankan warisan datuk nenek mereka sedang diuji dan kita boleh menjangkakan apa yang menimpa penduduk

 Kampung Buah Pala akan berulang di Tanjong Tokong. Pulau Pinang bandar baharu Kapten Light menjadi raja, jika dikenang nasib Melayu tentu menitis si air mata.


Pulau Pinang bandar baharu
Kapten Light menjadi raja, 
Jika dikenang nasib Melayu 
Tentu menitis si air mata.

 Inilah serangkap pantun lama warisan Melayu Pulau Pinang yang saya ubah sedikit (nasib Melayu) untuk menyesuaikan dengan keadaan semasa. Oleh Syed Imran. sumber dari din Binjai

Saturday, May 26, 2012

DAP GAGAL SEDIAKAN RUMAH KOS RENDAH

RKIB : 25/05/2012

Kerajaan DAP Gagal Sedia Rumah Kos Rendah


KEPALA BATAS 24 Mei - Kerajaan DAP Pulau Pinang didakwa gagal melaksanakan prinsip keadilan sosial bagi menyediakan kemudahan rumah yang mampu dimiliki oleh golongan berpendapatan rendah di bahagian pulau di negeri ini.

Malah mereka juga dilihat tidak sensitif terhadap keperluan rumah kos rendah bagi mereka yang kurang berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, biarpun negeri itu semakin menuju ke arah sebuah negeri maju dan melahirkan golongan berpendapatan tinggi namun pada masa sama perlu ada alternatif kepada golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.

“Golongan berpendapatan tinggi pastinya ingin mendapatkan rumah-rumah mewah yang dijual pada harga yang mahal namun kerajaan negeri juga sepatutnya menyediakan rumah kos rendah bagi golongan bawahan.

“Apa yang pasti sekarang tiada istilah keadilan sosial di kerajaan negeri Pulau Pinang kerana mereka seolah-olah meminggirkan golongan berpendapatan rendah serta orang Melayu yang cuba dihalau secara diam-diam,"

Katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ucapan perdana kepada penjawat awam Seberang Perai Utara di sini hari ini.

Nor Mohamed yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor mengulas mengenai harga rumah yang terlalu mahal di bahagian pulau menyebabkan ramai orang Melayu terpaksa berhijrah ke Seberang Perai

Tambahnya, kerajaan Barisan Nasional (BN) menyedari hakikat itu dan sentiasa mencari kaedah serta menyediakan alternatif kepada golongan bawahan membeli rumah sendiri.

“Senario sekarang ini ramai orang Melayu terpaksa membeli rumah di luar bahagian pulau termasuk Seberang Perai, Sungai Petani, Kulim dan Parit Buntar.

“Oleh itu jika BN diberi peluang memerintah pastinya perkara itu tidak akan berlaku dan lebih banyak rumah kos rendah akan dibina untuk golongan bawahan ini," ujarnya.

Jelas Nor Mohamed lagi, sebanyak RM100 juta telah diperuntukkan oleh Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri bagi disalurkan kepada Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang bagi merancang inisiatif dalam isu perumahan dan hartanah.

MELAYU TERPINGGIR ANGKARA SIAPA : PAKATAN RAKYAT ATAU UMNO-BN


Melayu berhijrah kerana kerajaan DAP tidak adil

JOHOR BAHRU 22 Mei - Tindakan lebih 18,000 orang Melayu Pulau Pinang yang berhijrah ke negeri lain akibat tidak mampu lagi menanggung kos sara hidup tinggi, menunjukkan ketidakadilan dalam pentadbiran kerajaan DAP itu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sekiranya data yang didedahkan itu benar, maka ternyata dalam tempoh dua tahun lalu kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang sememangnya tidak mengambil perhatian terhadap perkara tersebut.

Beliau percaya tindakan itu diambil oleh orang Melayu Pulau Pinang selepas merasakan kesulitan dan tertindas apabila kerajaan negeri tidak lagi membina rumah mampu milik dan membuatkan mereka terdesak meninggalkan negeri tersebut.

“Itu satu yang amat memalukan. Saya rasa ini bukan dasar yang adil. Mereka kata demokratik tetapi sebenarnya tidak adil, tak memberi perhatian yang setimpal kepada semua kaum dan ia tidak sepatutnya berlaku.

“Kerajaan negeri perlu memainkan peranan proaktif dalam perkara itu kerana jelas jika tiada usaha dibuat, maka orang Melayu terpaksa keluar ke kawasan lain untuk tinggal," katanya semasa diminta mengulas laporan akhbar bahawa orang Melayu Pulau Pinang kini semakin terpinggir.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Galeri Glulam di sini hari ini. Turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok.

Kelmarin akhbar melaporkan, lebih 18,000 orang Melayu Pulau Pinang berhijrah ke negeri lain antara 2009 hingga 2010 kerana tidak mampu menampung kos sara hidup yang terlalu tinggi di negeri kelahiran mereka.

Thursday, April 26, 2012

Feudal culture of subservience very much alive

Unless there is a paradigm cultural shift in how the institutions of justice operate, any changes in repressive laws will not bring about the desired change, writes Ronald Benjamin.
No to detention without trial - Photo courtesy of reformisjalanan.blogspot.com


The government should be congratulated for tabling the Security Offences Bill 2012 in Dewan rakyat on 10 April 2012. This bill has replaced the ISA, which has been abused over the years in the name of political stability and national security. A prominent Malaysian intellectual has said that the bill enhances executive accountability: the police as an executive arm will now have to conduct thorough investigations of alleged security offenders with all instruments of the law at their disposal within a specific time frame.

While such a leap is good news on paper for Malaysians in general, there is concern whether such a bill would be abused especially when the independence of the investigative, procecution and judicial institutions (the police, Attorney General’s Chambers and the Judiciary) are in question.

Some aspects of the security law may have been somewhat democratised. But seen from the perspective of the right to dissent, the culture of subservience among the institutions of state that are responsible for justice has eclipsed whatever gains that come with the new security law. The reasons are obvious.

First, over the years there have been various serious allegations on security-related issues brought about by concerned and courageous citizens against powerful personalities in politics, law enforcement and security. A few have even been implicated in the murder of a Mongolian model while a high-ranking police personnel has been linked to underground criminals; yet, there appears to be very little action taken by the authorities to bring the real culprits to book. Is it not true that a court of law has deliberately omitted the motive in the case of the murder of the Mongolian model in Malaysia?

What is the use of democracy and accountability in the Security Offences Bill when it is only related to the relationship between authority and dissidents while on the other hand covering up the wrong-doings of those who are in authority themselves? Have we replaced the ISA with the ‘Internal-Security-for-the-Authorities’ Act? Are the positions of the Prime Minister, Deputy Prime Minister, Inspector General of Police and Attorney General immune from the law? Is it not the case that lack of action against the powerful makes even the most democratic law useless?

Therefore it is vital for Malaysians to reflect deeply on the reforms relating to national security and human rights currently taking place in this country. While welcoming laws to improve human rights, we should not be blinded by the lack of action among the institutions mentioned above on crimes committed by the strong and the powerful.

The feudal culture of subservience is very much alive, and unless there is a paradigm cultural shift in how the institutions of justice operate, any changes in the law alone will not bring about the desired change.

Ronald Benjamin is an Aliran member based in Ipoh.



Nik Aziz issues'religious edict'-be at Bersih rally

8:46AM Apr 25, 2012


PAS spiritual leader Nik Aziz Nik Mat has declared that it is compulsory for all Muslims to attend Bersih 3.0 sit-in at Dataran Merdeka this Saturday afternoon as it is a movement "against injustice".

"We should stand up against any parties who do things that are not according to Islamic principles," he told party organ Harakahdaily, referring to the alleged irregularities in the electoral roll.

Nik Aziz added that of Bersih's eight demands, the existence of phantom voters in the electoral roll in particular was an act against Islam.

"Suppose Pakatan Rakyat wins in the upcoming general election and administers the country as what BN is doing now, like it or not we will have to use the phantom voters in future elections," he warned.

"Certainly, Umno and BN don't want this to happen because it is sinful," he said, adding that a candidate winning a seat through such a manner is "haram" (forbidden).

Six gathering points

The police has disallowed Bersih 3.0 sit-in on grounds of safety while the Kuala Lumpur City Hall, which maintains Dataran Merdeka, has objected to the usage of the iconic location for political dissent.

The Bersih 2.0 steering committee is however adamant on assembling at Dataran Merdeka.

The committee has also listed the gathering points for would-be protesters - Masjid Negara, Masjid Jamek, Pasar Seni, Masjid India, Brickfields and Jalan Sultan - before they proceed to Dataran Merdeka.

Bersih 3.0, among others, is calling for the resignation of the Election Commission chief for his failure to clean up the electoral roll before the upcoming election, which is speculated to be held in the second quarter of this year

Wednesday, April 18, 2012

UTUSAN THE MESSAGE - AZIZAN RAZAK MB KEDAH UMUMKAN ENAKMEN BARU

UNDANG-UNDANG ‘FATWA’ KEDAH TIDAK IKUT PRINSIP ISLAM, MUFTI PERLIS - JUANDA

Oleh Clara Chooi

April 19, 2012

Azizan berkata fungsi institusi mufti berbeza daripada badan perhakiman.

KUALA LUMPUR, 19 April — Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berkata enakmen terbaru digubal kerajaan negeri Kedah yang akan menghalang cabaran mahkamah terhadap aspek keagamaan (fatwa) adalah bertentangan dengan prinsip Islam.

Juanda bertanya sama ada pentadbiran negeri pimpinan PAS Kedah mahu menjadi sebuah kerajaan teokrasi atau konsep negara berkebajikan yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat.

“Enakmen fatwa baru menunjukkan mereka sebenarnya menuju ke arah teokrasi dan bertujuan untuk memaksa penerimaan (orang ramai),” katanya kepada The Malaysian Insider.

“Ini bertentangan dengan Islam,” katanya.

Beliau berkata Islam menerima dan menghormati perbezaan pandangan dari agama-agama lain.

Juanda berkata demikian sebagai respons mengenai Rang Undang-undang Mufti dan Fatwa (Kedah) (Pindaan) 2012 yang akan menggantikan Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008 (Enakmen 10), bagi memperjelas keahlian jawatankuasa fatwa serta menjadikan fatwa diputuskan oleh mufti atau jawatankuasa fatwa sebagai muktamad.

Pindaan itu diluluskan sebulat suara dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah semalam.

Menurut pindaan itu, “Fatwa yang diputuskan oleh mufti atau jawatankuasa fatwa, sama ada diwartakan atau tidak, tidak boleh dicabar, dirayu, disemak, dinafikan atau dipersoalkan dalam mana-mana Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah.”