Saturday, May 26, 2012

DAP GAGAL SEDIAKAN RUMAH KOS RENDAH

RKIB : 25/05/2012

Kerajaan DAP Gagal Sedia Rumah Kos Rendah


KEPALA BATAS 24 Mei - Kerajaan DAP Pulau Pinang didakwa gagal melaksanakan prinsip keadilan sosial bagi menyediakan kemudahan rumah yang mampu dimiliki oleh golongan berpendapatan rendah di bahagian pulau di negeri ini.

Malah mereka juga dilihat tidak sensitif terhadap keperluan rumah kos rendah bagi mereka yang kurang berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, biarpun negeri itu semakin menuju ke arah sebuah negeri maju dan melahirkan golongan berpendapatan tinggi namun pada masa sama perlu ada alternatif kepada golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.

“Golongan berpendapatan tinggi pastinya ingin mendapatkan rumah-rumah mewah yang dijual pada harga yang mahal namun kerajaan negeri juga sepatutnya menyediakan rumah kos rendah bagi golongan bawahan.

“Apa yang pasti sekarang tiada istilah keadilan sosial di kerajaan negeri Pulau Pinang kerana mereka seolah-olah meminggirkan golongan berpendapatan rendah serta orang Melayu yang cuba dihalau secara diam-diam,"

Katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ucapan perdana kepada penjawat awam Seberang Perai Utara di sini hari ini.

Nor Mohamed yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor mengulas mengenai harga rumah yang terlalu mahal di bahagian pulau menyebabkan ramai orang Melayu terpaksa berhijrah ke Seberang Perai

Tambahnya, kerajaan Barisan Nasional (BN) menyedari hakikat itu dan sentiasa mencari kaedah serta menyediakan alternatif kepada golongan bawahan membeli rumah sendiri.

“Senario sekarang ini ramai orang Melayu terpaksa membeli rumah di luar bahagian pulau termasuk Seberang Perai, Sungai Petani, Kulim dan Parit Buntar.

“Oleh itu jika BN diberi peluang memerintah pastinya perkara itu tidak akan berlaku dan lebih banyak rumah kos rendah akan dibina untuk golongan bawahan ini," ujarnya.

Jelas Nor Mohamed lagi, sebanyak RM100 juta telah diperuntukkan oleh Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri bagi disalurkan kepada Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang bagi merancang inisiatif dalam isu perumahan dan hartanah.

No comments:

Post a Comment