Monday, April 25, 2011

MUJAHID YUSUF RAWA KAYA RETORIKA !TIADA AGENDA MEMBANTU PENJAJA

Pada 17 April 2011, Mujahid Yusuf Rawa Timbalan YDP PAS P.Pinang dalam ceramah umum PR di Permatang Damar Laut berhujah lantang menyerang kebobrokan UMNO – BN. Pidato hebat menggegarkan pentas di depan Presiden PAS Haji Hadi Awang, selepas pilihanraya negeri Sarawak.

Beliau berasa sangat selesa dengan pencapaian PR yang didominasi oleh DAP di P.Pinang. Tidak sedar PAS hanya penumpang sahaja dalam pentadbiran kerajaan negeri. Tanpa sebarang kerusi exco pun hatta dalam portpolio agama Islam.

Sehingga kini masih tidak nampak sumbangan PAS yang bermakna untuk membela kepentingan Melayu dan Islam yang sedang nazak di sini. Terutama tentang isu tanah, perumahan,tanah perkuburan,wakaf dan banyak isu sosio ekonomi yang masih parah dan membarah. Di antara isu utama yang beliau sentuh dan utarakan dengan lantang ialah isu berikut.

ISU PEROBOHAN GERAI-GERAI PENJAJA , punca hidup golongan bawahan mencari rezeki kerana tidak mampu berniaga di premis yang mahal. Dalam ceramah yang sarat dengan retorika politik langsung tidak disentuh langkah bagaimana hendak menaik taraf tapak perniagaan penjaja agar tampak lebih moden dan bergaya.

Ini sebagaimana yang dilakukan oleh Kerajaan negeri di depan Komtar. DAP telah membuktikan jasanya kepada para pengundi China yang bulat menyokong mereka. Apa pula agenda dan tindakan PAS dan PKR. Cukupkah dengan menumpang kejayaan dan langkah tindakan DAP semata-mata. Mana agenda kamu untuk takyat ?

PAS masih ditakuk lama.Sering mempersalahkan UMNO-BN di atas kedaifan dan keterpinggiran Melayu dan umat Islam P.Pinang. Soalnya kepada siapa mereka hendak mengadu. Tala kepada para pemimpin UMNO, sering ditempelak “PADAN MUKA”. PAS pula kata tidak megikut undang-undang tanpa sebarang pembelaan yang wajar dan seperti berlepas tangan sahaja. RAKYAT TERUS JADI MANGSA.

Langsung ketiadaan sebarang langkah bijak , daya usaha mengatasi masalah kritikal untuk golongan daif mencari rezeki sebagai penjaja. Selain akur dengan perobohan demi perobohan kononnya melanggar undang-undang. Tiada sebarabg penyelesaian kepada nasroh “ periuk nasi” mereka. Hidup adalah survival, mesti berani kerana perut hendak diisi. Kebanyakan penjaja kecul pun begini seperti di KL sehingga dibantu DBKL.

Umum mengetahui berlaku double standard dalam perobohan ini. Nyata para peniaga yang berniaga sehingga menutup jalan di belakang Pasar Chowrasta dan New Lane langsung tidak diambil sebarang tindakan. Terdapat ketempangan dalam pelaksanaan undang-undang tanpa ketelusan. Tindakan mesti saksama dengan memaksa mereka masuk berniaga di dalam pasar bukannya di luar pasar yang banyak mengganggu kelancaran lalu lintas.








PENJAJA DI NEW LANE BERNIAGA SEHINGGA MENUTUP JALAN



PAS harus mencadangkan supaya gerai perniagaan yang maju seperti di Taman Saadon dinaik taraf menjadi beberapa tingkat.Mengubahnya menjadi pusat perniagaan yang lebih menarik. Kemasyhuran sajiannya terbukti sehingga PM Najib berhenti makan serabai di sana. Perniagaan yang melempah keluar harus di bawa ke dalam bangunan.Bukannya diambil tindakan dengan menghalau mereka berniaga kononnya melanggar undang-undang.




NAJIB MENJAMU SELERA DI TAMAN SARDON APRIL 2011. WAJAR HOT SPOT INI DI NAIK TARAF BAZAR MAKANAN MELAYU





Begitu juga dengan imej gerai – gerai penjaja di Perak Road dan Padang Brown. Kompleks pusaka peninggalan UMNO – BN yang kotor dan lapuk harus ditukar dengan model bangunan dan bentuk perniagaan yang lebih bergaya. Sekurang-kurang mengambil contoh kompleks-kompleks penjaja yang moden, maju dan jaya di Melaka dan Pasar Seni KL.

Apakah model-model seperti ini yang menguntungkan para penjaja tidak boleh di bawah ke P.Pinang ? Tujuannya untuk memberi nafas baru kepada para penjaja di Pulau Pinang. Kerja meroboh memang mudah.Bagaimana pula dengan inisiatif membina, memperkembang dan menaik taraf. Tidakkah ini termasuk dalam agenda memperkasai rakyat dengan inovasi perniagaan yang moden dan mantap. Justeru amat berbaloi rakyat menyokong PR di P.Pinang.

Masuk tahun ketiga PR berkuasa tidak nampak AGENDA RAKYAT yang ketara dan berkesan selain sumbangan RM 100 kepada warga emas. Ini gaya politik populis UMNO - BN yang menggula-gulai majoriti rakyat menjelang pilihan raya ke 13. Peruntukan RM 13 juta cair begitu sahaja sehingga nilainya menjadi begitu kecil dan habis belanja dalam 1 hari. RAKYAT MENUNTUT AGENDA DAN PROJEK KONKRIT !

Alangkah baik sekiranya peruntukan pukal itu dipergunakan untuk NAIK TARAF gerai-gerai penjaja yang berdaya maju supaya tambah berkembang . Imej baru ini pasti menjadi aras penanda bawa PR hebat dan berjasa. Sekali lagi peralihan kuasa telah membawa perubahan ketara, bermakna lagi menguntungkan golongan penjaja di Pulau Pinang. Sayangnya PAS masih berada ditakuk lama.

Kepimpinan harus membawa rahmat bukan sebaliknya. Ini yang didambakan rakyat marhain selama ini. MAMPUKAH PAS MENGGANTIKAN PERANAN UMNO YANG CAKAP TAK SERUPA BIKIN DI PULAU PINANG DENGAN BERBEKALKAN RETORIKA SEMATA-MATA.TINDAKAN KONKRIT BAHAWA ISLAM PENYELAMAT UMAT!