Monday, May 2, 2011

Kias tersirat Datuk Onn

Pantun Perjuangan




Perahu layar belayar laju
laju menuju lautan China
Merdeka pasti akan kita tuju
Yang lain kaya Melayu merana

Azam Datuk Onn ialah "saya ingin melihat orang Melayu menjadi tunjang kepada pohon Malaya Merdeka.

Datuk Onn Jaafar menyampaikan mesej ini dalam bentuk pantun kepada UMNO yang beriya-iya sangat hendak merdeka. Merdeka tanpa memikirkan nasib Melayu yang serba daif tanpa sebarang persediaan.

Dalam keadaan itu beliau mengkritik sikap UMNO yang terlalu liberal memberi kerakyatan percuma JUS SOLI kepada bukan Melayu dan serahkan kerusi-kerusi Melayu kepada bukan Melayu tanpa memikirkan kesan akibatnya di masa akan datang. Implikasinya lihatlah kepada nasib Melayu di P.Pinang yang jadi mangsa percaturan politik UMNO.Hilang ketuanan dan terancam kepupusan di negeri sendiri.

Politik jenis apa ini rela mengorbankan bangsa sendiri demi menjaga hak orang lain. Hari ini DAP hampir solid menguasai P.Pinang, padu di Perak dan sedang mara ke Sarawak.Kerusi-kerusi Melayu terumbang ambing dan kedudukan Melayu dari segi sosio ekonomi dan politik sangat kritikal.

Segala dasar-dasar penjajah seperti ekonomi pasaran tanpa kawalan diteruskan dengan ghairah.Di P Pinang Melayu lebih banyak hilang hak terutama tanah selepas merdeka berbanding sebelumnya. Walau pun ada DEB ,ia nampaknya tidak berfungsi dan diabaikan.

Dasar yang berjalan ialah ekonomi kapitalis juga. Ditukar dengan nama baru Penswastaan dan Pengkorpratan. Sebahagian kecil Melayu dapat habuan yang terbanyak menjadi mangsa. Tepat sebagaiamana di katakan Datuk Onn "Yang lain kaya Melayu merana".

Sedangkan orang tua -tua kita dahulu telah memberi amaran dalam bentuk pantun sejarah:

Pulau Pinang bandar baharu
Kepten Light menjadi Raja
Kalau dikenang masa yang lalu
Rasa menitis si air mata

Balik Pulau Bayan Lepas
Sana terpelahau Sini terlepas

Sesudah George Town hampir hilang Melayu sekarang sasarannya ialah Balik Pulau pula.

Semua pemimpin politik Melayu sama ada dalam UMNO ,PAS dan Keadilan fikir-fikirkanlah dari sudut Melayu Islam dan kedudukan kita dan anak cucu kita di tanahair sendiri di masa depan. Politik politik juga. Politik jenis apa kalau yang jadi mangsa kita.