Wednesday, July 10, 2013


Morsi_Mesir

Rampasan kuasa di Mesir yang menyebabkan Presiden Mesir digulingkan. Antara yang paling gembira dengan penyingkiran Morsi adalah Arab Saudi sendiri. Raja Arab Saudi sendiri iaitu Raja Abdullah berkata,
“Berjaya menyelamatkan Mesir pada saat yang genting ini dari terowong yang gelap.”
“Atas nama rakyat Arab Saudi, saya mengucapkan selamat kepada anda kerana mengambil alih kepemimpinan Mesir di saat kritis ini dalam sejarah Mesir.”
Jadi kenapa Arab Saudi begitu gembira? Raja Saudi juga memberi bantuan Parti Nur, yang dianggotai oleh golongan Salafi untuk menjatuhkan Morsi. Rujuk di sini.
Sebabnya juga kerana Arab Saudi sendiri adalah kerajaan autokratik. Professor Dr Mohammad Agus Yusof menulis;
Mereka takut kepada Morsi kerana semasa berlaku kebangkitan Palestin dua tahun yang lalu, Morsilah yang membuka semula sempadan Gaza yang ditutup semasa pemerintahan Hosni Mubarak. Tujuan Morsi adalah untuk memberi laluan kepada rakyat Palestin berhubung dengan dunia luar supaya mereka tidak terkurung di bumi sendiri. Morsi juga bertindak menutup hubungan diplomatik dengan Syria dan merapatkan hubungan dengan Turki yang juga Islamis. Hubungan Morsi yang baik dengan Racip Tayep Erdogan, Perdana Menteri Turki yang juga Islamis ini cukup membimbangkan Barat dan Yahudi. 
Raja Saudi juga berpuas hati kerana berjaya membalas dendam atas kejatuhan sekutu kuatnya Hosni Mubarak pada Februari 2011 lalu.
Arab Saudi yang merupakan sekutu AS cuba memberi kelegaan kepada Israel dengan kejatuhan Morsi dan Ikhwan.
Arab Saudi juga parah kerana gagal mengenali siapakah musuh sebenar mereka.

Thursday, June 27, 2013

Janganlah Kamu berbuat Kerusakan Di Muka Bumi Selepas Kamu Memperbaikinya..!!



Risalah dari Dr. Muhammad Badie’ Mursyid Am Ikhwan Muslimin
Dengan nama Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah saw beserta keluarganya dan para sahabatnya serta orang-orang yang mengikuti mereka hingga hari Kiamat, selanjutnya…

Sesungguhnya sangatlah perlu setiap insan yang berakal waras (terutama orang-orang  yang membawa risalah perubahan pada zaman kita ini di manapun mereka berada) untuk berfikir dengan serius tentang masa depan planet bumi yang menjadi tempat kita hidup ini. 

Ia kini dikelilingi oleh bencana yang melanda dari segenap penjuru yang berpunca daripada perbuatan kita sendiri, baik secara langsung mahu pun tidak langsung. 

 Bencana tersebut mampu mengancam kita dan mengancam semua potensi serta kekayaan umat manusia, mulai dari pencemaran alam hinggalah kepada masalah pemanasan global, dari ancaman nuklear  hingga penjajahan moden yang terkutuk dengan segala bentuk permusuhan dan eksploitasinya; yang disasarkan kepada  masyarakat yang lemah dan negara-negara yang mundur untuk menghisap darah, mencuri sumber alam mereka dan menguasai keputusan dalam menentukan hala tuju negara mereka. 

Ini ditambah pula dengan keruntuhan aspek-aspek nilai, kecenderungan kepada materialistik dan menuruti hawa nafsu, yang mengakibatkan kepada keruntuhan akhlak, pelanggaran kehormatan diri, kezaliman ke atas hak yang sah dan lupa kepada hari pembalasan.

Beriman kepada Hari Pembalasan serta takutkan siksaan merupakan benteng yang dapat mengawal seseorang dari melakukan kezaliman terhadap manusia dan mengurangkan keangkuhan para pemegang kuasa dalam menyalahgunakan kuasa yang ada pada mereka. 

 Keadaan dunia yang sedang diancam bahaya ini sepatutnya membangkitkan suatu kesedaran di kalangan para pemimpin dan ahli fikir dari pelbagai keturunan, warna kulit dan agama, untuk mengambil suatu pendirian yang tegas, menyeru dengan suara yang lantang agar dihentikan segala bentuk pencerobohan, kekejaman, kediktatoran dan kerosakan. Hal ini tidak sukar dilakukan kerana di sana terdapat pelbagai alat komunikasi yang moden serta canggih.

Inilah kami menyeru  mereka

Wahai para pemimpin dunia ..
Wahai para cendekiawan dunia ..
Wahai para pemegang amanah hak-hak manusia…
Seluruh manusia ..

Bersatulah dan bantu-membantulah antara satu sama lain dan gabungkanlah daya usaha kamu dalam berbagai-bagai pertubuhan masyarakat (NGO) untuk menyelamatkan manusia dari apa yang sedang menimpanya dan apa yang mengancam mereka jika situasi tetap seperti yang ada pada hari ini..


ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ
“Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”. (Ar-Ruum:41)

Jika kita lontarkan pandangan secara menyeluruh terhadap sebab-sebab utama suasana yang terjadi ini sangatlah banyak dan pelbagai; kita dapati Allah telah menciptakan alam semesta sangat baik sejak dari awal kejadiannya, dan telah dipersiapkan  untuk manusia sebelum diciptakan Adam dan Hawa, dan Allah menjadikan semua manusia sebagai anak dari seorang ayah dan ibu, dan diberikan hak kepada manusia yang di antara ciri kehidupannya ialah sebagai khalifah di muka bumi dan bertanggung jawab untuk memakmurkannya ..

هُوَ أَنْشَأَكُمْ مِنَ الْأَرْضِ وَاسْتَعْمَرَكُمْ فِيهَا
“ Dia telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu pemakmurnya”. (Huud:61)

Di antara kemurahan Allah dan kebaikan-Nya kepada seluruh umat manusia ialah Allah telah menciptakan bumi ini dalam dua hari dan memberikan makanan di dalamnya dalam empat hari untuk  siapa yang memerlukannya. Ia bermaksud manusia sebenarnya berkongsi dalam semua unsur kehidupan di dunia. Justeru adakah ada peliharaan untuk manusia dari Tuhan mereka yang maha Pengasih yang lebih baik daripada ini?!

Dialah Allah SWT telah menyimpankan dan menyediakan kepada manusia bahkan kepada seluruh hidupan elemen kehidupan dan mata pencariannya masing-masing ..
وَمَا مِنْ دَابَّةٍ فِي الأَرْضِ إِلاَّ عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُبِينٍ
“Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezekinya, dan Dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya. semuanya tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh)”. (Huud:6)

Sebagai contoh adalah tersimpannya minyak sesuai dengan keperluannya. Hasil minyak merupakan mukjizat Rabbani yang  sangat luar biasa, yang mampu tersimpan selama ratusan juta tahun di dalam tanah. Lantas setelah matang fikiran manusia dan melalui perkembangan teknologi dengan menemui pelbagai ciptaan baru yang akhirnya mampu mencipta alat-alat untuk menggali  tanah tersebut. Allah tetap memberikan petunjuk sehingga mampu mengekploitasi ‘harta karun’ untuk dimanfaatkan, dan ‘harta karun’ lainnya masih banyak, ia tetap ada dan tersimpan hingga hari kiamat.

وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلاَّ عِنْدَنَا خَزَائِنُهُ وَمَا نُنَزِّلُهُ إِلاَّ بِقَدَرٍ مَعْلُومٍ
“Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami-lah khazanahnya; dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan ukuran yang tertentu”. (Al-Hijr:21)

Oleh kerana itu, apakah peranan manusia setelah melihat  dan menyaksikan semua kurnia Ilahi ini dan setelah disampaikan semua seruan ini?
يَا أَيُّهَا الإنْسَانُ مَا غَرَّكَ بِرَبِّكَ الْكَرِيمِ
“Hai manusia, Apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu yang Maha Pemurah”. (Al-Infithar:6)

Allah nyatakan dengan jelas bahawa nikmat yang telah dianugerahkan ini telah berubah menjadi sebab kepada pertikaian, menyuburkan kezaliman, peperangan dan kekejaman, sebagai usaha untuk menguasai sumber-sumber minyak, dan menyalakan api peperangan sehingga merosakkan tanam-tanaman dan ternakan, melakukan monopoli yang menjijikkan terhadap harta dan yang lainnya ini dan membahagi-bahagikannya melalui berbagai undang-undang dan persidangan yang jahat, sepertimana mereka telah mengagih-agihkan tanah jajahan kepada kuasa-kuasa  yang berpengaruh di mana-mana negeri yang dikuasainya. 

Oleh itu pada persidangan ”Sykes-Picot”, dan juga diikuti dengan perjanjian-perjanjian lainnya seperti perjanjian “Balfour” yang membuka jalan kepada pendudukan haram ke atas bumi Palestin. Kita melihat Congo sebahagiannya dijajah oleh Perancis, sebahagian lagi adalah Belgium, dan yang  ketiga adalah Portugal. Kita juga mendengar tentang Somalia Itali, Somalia Inggeris , Somalia Perancis dan Somalia Amerika.

Sementara itu, perang dingin dan perang panas untuk menguasai dan menduduki sesuatu daerah demi memperluas pengaruh masih terus berlangsung; Jika kita tidak berusaha menghentikan kerakusan ini, dan menuntut pengharaman segala bentuk eksploitasi dan kolonialisme maka kemungkinan kerakusan ini akan menelan seluruh potensi dan sumber kekayaaan alam Justeru semua manusia yang berakal dan bijaksana mestilah bangkit untuk menentang para pendokong kejahatan ini bagi menyelamatkan kapal yang kita naikinya di alam semesta ini. Ini kerana tujuan kita diciptakan adalah untuk bekerjasama bukan untuk bersengketa dan bermusuh…

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا
“Hai manusia, Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa – bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal”. (Al-Hujurat:13)

Tugas kita adalah melakukan pengislahan dan bukan  melakukan kerosakan. Kita tidak boleh membiarkan orang yang  melakukan kerosakan kerana tindakan mereka boleh membahayakan semua orang.

Dari segi yang lain, kita lihat orang-orang yang merenungkan ciptaan Allah akan mendapati secara jelas iaitu bagi mereka yang memiliki mata yang tajam dan akal yang cerdas bahawa Allah telah menciptakan keseimbangan dalam berbagai peranan kehidupan; ada peranan untuk oksigen dan ada untuk nitrogen, kedua, adanya karbon dioksida yang saling bertukar peranan antara tanaman dan haiwan, dengan manusia yang bermanfaat, sebagaimana mereka juga saling bertukar manfaat satu sama lain. 

Begitu pula peranan yang seimbang kepada air seperti laut dan darat,  pemeluwapan dan awan, hujan dan sungai kemudian mengalir ke laut dan ke darat lagi, dan dari peranan mineral dan garam dari tanah ke tanah.

وَأَنۢبَتۡنَا فِيہَا مِن كُلِّ شَىۡءٍ۬ مَّوۡزُونٍ۬
“Dan Kami tumbuhkan padanya segala sesuatu menurut ukuran”. (Al-Hijr:19)

Lalu, apakah layak mereka menjadi manusia yang bodoh dan tidak memahami hukum-hukum Allah di alam semesta ini kerana mereka sendiri melanggarnya, merosak serta membantutkan pusingan kehidupan dan selepas itu mengeluh tentang akibat yang ditanggung kerana perbuatan tangannya sendiri?!

Antaranya ialah berlaku pencemaran alam yang berpunca daripada kemajuan industri dan kegiatan ala mafia oleh pihak kapitalis. Mereka saling  bermuka-muka antara satu sama lain di dunia ini demi kepentingan dan keuntungan dengan mengorbankan kesihatan manusia dan hak asasi manusia; yang telah hancur dan luluh tanpa belas kasihan.

Contoh lain ialah berlaku pencemaran dalam pelbagai unsur kehidupan seperti udara, air, tumbuhan, haiwan termasuk juga manusia iaitu dengan menggunakan racun serangga sehingga sebahagian manusia yang berisiko mengidap kanser. Begitu juga penggunaan baja yang tidak selamat dan banyak lagi yang lainnya. 

Kemudian setelah berleluasa penyalahgunaan bahan tersebut akibat daripada kesilapan memahami hukum alam, lalu terjadilah bencana penyakit kanser yang pada hakikatnya adalah jenayah manusia terhadap manusia itu sendiri. Mesir merupakan salah satu Negara yang paling teruk di dunia yang rakyatnya berisiko terkena kanser.

Setelah itu semua, bagi mengatasi pelbagai sakit kronik yang dialami yang telah mengakibatkan kerugian yang tidak ternilai dari segi kemanusiaan dan kewangan, mereka cuba pula penanaman anggota dan ubatan antibiotic. 

Percubaan ini juga tidak menjamin kejayaan, sebaliknya kerugian yang terpaksa ditanggung adalah lebih parah lagi. Pendek kata, dalam apa jua keadaan manusia tetap menjadi mangsanya.

Contoh yang paling serius adalah pencemaran nuklier di mana telah diadakan satu Persidangan Khas tentang isu ini di New York, AS (walaupun AS adalah satu-satunya Negara yang pernah menggunakan senjata ini dalam sejarah). 

Kita berharap ini adalah langkah awal untuk memandu usaha serius ini seumpama senjata yang mempunyai serampang dua mata, iaitu mampu menjaga umat manusia dari bahaya senjata yang mudah tersebar. Tetapi apabila pihak Zionis memberikan tekanan pastilah akan menghalang usaha murni tersebut.

Terbukti mereka tidak hadir dan tidak ada komitmen untuk menghadiri persidangan, malah mereka berusaha merubah agenda perbincangan kepada soal keamanan bahan nukliar saja. Umat manusia tetap terdedah kepada risiko yang dikuasai oleh tangan yang penuh dengan lumuran kejahatan, kerusakan dan kedurjanaan, menaburkan kehancuran  di muka bumi, padahal Allah tidak menyukai kerusakan dan orang-orang yang melakukan kerusakan.

Ada bahaya lain yang sewajarnya menjadi peringatan bagi siapa yang memiliki akal, yang sebenarnya baru pada peringkat permulaan yang ramai manusia tidak menyedari tentang kejahatan yang dilakukannya kecuali setelah berlalu waktu yang lama; iaitu manipulasi proses genetik dan penggunaan kejuruteraan genetik yang sangat berbahaya dan jauh dari manfaat, di mana pengetahuan kita tentang hal ini pun masih terbatas.

Rentetan daripada pengetahuan kita ini yang sangat terbatas yang hampir kepada kejahilan telah mengakibatkan kepada musibah yang lebih besar lagi. Justeru orang-orang yang memiliki kepakaran dalam bidang ini perlu bersatu untuk menghentikan rancangan yang sia-sia ini. Kita menanti sampai pengetahuan kita benar-benar mendalam, maka selepas itu kita bergerak sesuai dengan ilmu pengetahuan, bukti klinikal dan cahaya dari Allah SWT.

Begitu juga masalah gejala sosial yang melanda umat manusia sebenarnya adalah hasil tangan manusia sejak permulaan hingga yang terkini. Ia adalah musibah yang telah terjadi dan tiada berkesudahan. Gejala social merupakan asas dari segala macam kerusakan dan kebejatan. Benarlah setengah ungkapan:

 “Sesungguhnya umat itu akan terus kekal kerana keutuhan akhlaknya. Jika lenyap akhlaknya maka hancurlah umat tersebut”.

Di antara bentuk kecelaruan terhadap pemikiran manusia ialah apabila mereka berada di bawah telunjuk hawa nafsunya tanpa ada kendali dari nilai-nilai agama samawi yang termaktub di dalam kitab Taurat, Injil dan Al-Qur’an malahan tanpa ada pimpinan dari pemikiran yang matang .. 

Allah SWT telah menciptakan manusia laki-laki dan perempuan, dan dari keduanya berkembang biak laki-laki mahupun wanita, bahkan Allah menciptakan daripada keduanya saling berpasangan sehingga dapat melakukan reproduksi dan kelangsungan hidup. Justeru bagaimanakah manusia telah mencampur-adukkan gaya hidupnya dengan kebodohan dan hanya menuruti hawa nafsu yang menyelewengkan dari jalan yang benar. Lalu manusia telah menghancurkan fitrahnya yang asal seperti yang pernah dilakukan oleh kaum nabi Luth.

مَا سَبَقَكُمْ بِهَا مِنْ أَحَدٍ مِنَ الْعَالَمِينَ
“(Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah itu), yang belum pernah dikerjakan oleh seorangpun di dunia ini sebelummu?” (Al-A’raf:80)

إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِنْ دُونِ النِّسَاءِ بَلْ أَنْتُمْ قَوْمٌ مُسْرِفُونَ
“Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”. (Al-A’raf:81)

Biarpun telah membawa kehancuran fitrah manusia dan penyebaran penyakit  seperti yang dialami oleh umat terdahulu dengan sebab kedurjanaan dan pelanggaran yang mereka lakukan mampu menghentikan proses kelangsungan manusia sebagaimana yang telah Allah ciptakan, namun mereka masih tetap tidak memiliki perasaan malu, malah kita dapati ada di antara mereka yang menuntut hak mereka. Jadi pemikiran apakah ini? Kebebasan apakah ini?!

Justeru, inilah Ikhwan Muslimin yang hanya memiliki secebis dari cahaya Allah dengan membawa risalah Islam yang syumul. Mereka dan semua Muslim di seluruh dunia bahkan seluruh pendokong perubahan yang sedar tentang bahaya membiarkan potensi manusia yang dimanipulasi oleh kepentingan dan hawa nafsu. 

 Mereka yakin bahawa Allah akan membela dan menolong pendokong perubahan, kerana Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan dan penegakkan kebaikan dan membenci kerusakan dan pendokong  kerusakan…

وَلَوْلا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَفَسَدَتِ الأَرْضُ وَلَكِنَّ اللَّهَ ذُو فَضْلٍ عَلَى الْعَالَمِينَ
“Seandainya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian umat manusia dengan sebahagian yang lain, pasti rosaklah bumi ini. tetapi Allah mempunyai kurnia (yang dicurahkan) atas semesta alam”. (Al-Baqarah:251)

Namun Allah memiliki dan menguasai kurnia ke atas manusia, tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.

Marilah kita semua meyakini bahawa kegelapan dunia ini belum cukup kuat untuk memadamkan cahaya lilin, bahkan lilin yang sederhana ini mampu menghilangkan kegelapan yang pekat ini.
Begitu juga kita tidak boleh mengabaikan sebarang usaha yang tulus  yang diiringi dengan usaha yang jujur kerana sungai yang ada di dunia adalah gabungan daripada titisan-titisan air hujan.
Untuk akhirnya kami sampaikan firman Allah.
 
إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا

“Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah Mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu”. (At-Thalaq:3)

Artikel asal: http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=64060&SecID=213

Wednesday, June 26, 2013

Ku Li ulangi kembalikan hak royalti Kelantan

ku li tengku razaleigh interview 241106 significant
Bekas Menteri Kewangan Tengku Razeligh Hamzah menggesa Putrajaya menghentikan sebarang amalan menganak-tirikan kerajaan negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat dan merujuk kepada isu royalti minyak Kelantan sebagai contoh hak rakyat negeri dinafikan .

"Saya rasa tak ada perkara yang patut menghalang pemberian wang tunai ini daripada dilanjutkan ke negeri berkenaan (Kelantan). Ada minyak bayarlah, " kata Tengku Razaleigh dalam wawancaranya dengan TV Selangor.

"Tak ada (wang ehsan) dalam Akta Kemajuan Petroleum. Wang ehsan ini sedekah. Rakyat (Kelantan) bukan nak minta sedekah, Ini (royalti) hak dia," kata beliau.

Tokoh veteran Umno itu menegaskan Kerajaan Pusat tidak harus menganaktirikan kerajaan negeri walaupun dokongan politik masing-masing berbeza kerana ia hanya menyusahkan rakyat.

"Tak kira siapa kerajaan pun, Sama ada di Kelantan, Kedah, Pahang, Selangor dan Johor sama sahaja. Jadi kalaulah hendak menganaktirikan negeri sebab berlainan politik, tak patut (kerana) yang menanggungnya adalah rakyat, bukan kerajaan yang berkuasa.

"Tak ada keadilan dari segi itu," katanya.
Kerajaan negeri dibelakangkan

Menurut Razaleigh konsep federalisme di Malaysia tidak akan bermakna jika hak-hak kerajaan negeri dibelakangkan.

"Kalau kita dengar ada negeri yang tak dapat layanan sewajarnya, saya rasa itu tak patut. Ia bertentangan dengan semangat persekutuan itu sendiri. Jadi tak ada makna adanya (konsep) persekutuan kalau semangat kerjasama dan tolong menolong tidak diteruskan,"katanya.

NONESelangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan adalah di bawah pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Pemimpin negeri berkenaan sering merungut dipinggirkan dalam pelbagai program kerajaan pusat.

Pengagihan peruntukan untuk negeri-negeri berkenaan didakwa tidak setimpal berbanding negeri di bawah pemerintahan Umno-BN.

Razaleigh berkata tuduhan bahawa kerajaan persekutuan menganak-tirikan kerajaan negeri yang diterajui Pakatan Rakyat tidak boleh ditolak begitu sahaja. 

"Saya dengar ada pihak pusat nak cuba sabotaj pentadbiran negeri. Saya dengar di Pulau Pinang, bukan dari pihak yang berkuasa di negeri itu, tetapi dari rakyat yang memberitahu saya ada (yang) dihasut pegawai supaya jangan beri kerjasama dan sebagainya. Saya rasa tak patut.

“Seharusnya wajib diberi kerjasama kepada siapapun yang memerintah sebaik mungkin untuk sampaikan khidmat dan apa yang perlu kepada rakyat," katanya.

NONEMengimbau isu royalti minyak Kelantan, Razaleigh berkata Kelatan tidak harus dilayan berbeza daripada Sabah dan Sarawak semata-mata kerana negeri pantai timur itu dibawah penguasaan PAS. 

"Kalau negeri nak terima lima peratus, syaratnya minyak kena ada berhampiran dengan negeri. Sabah dan Sarawak terus dapat (royalti). Kalau ikut (prosedur itu), Sarawak pun tak boleh dibayar. Maknanya kerajaan boleh arahkan Petronas jangan bayar Sarawak," katanya.
Saman Petronas

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mendakwa Kelantan tidak layak menerima royalti untuk minyak yang digali di kawasan persisirannya namun akan diberikan wang ehsan RM20 juta sebagai ganti.

Tawaran itu ditolak oleh kerajaan negeri yang mengemukakan pelbagai bukti untuk menyokong hujah bahawa rakyat Kelantan berhak mendapatkan royalti sehingga RM2 bilion. 

NONESehubungan itu, Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengambil keputusan untuk mengemukakan saman terhadap Petronas berhubung tuntutan royalti minyak yang diperoleh dari perairan negeri itu - di sempadan Thailand-Kelantan.

Razaleigh yang juga bekas Pengerusi Petronas juga membayangkan kepimpinan kerajaan Umno-BN tidak melaksanakan Akta Kemajuan Petroleum secara betul sehingga mengakibatkan pelbagai kemelut.

"Sebenarnya perdana menteri adalah menteri bertanggungjawab mengenai minyak di negara ini mengikut Akta Kemajuan Petroleum. Tapi pelaksanaan akta ini tidak betul. Sepatutnya Majlis Petroleum Kebangsaan menasihati perdana menteri mengenai perkara-perkara seperti cari gali dan penyimpanan rizab.

"Sepatutnya Majlis Petroleum Kebangsaan dianggotai pegawai kanan kerajaan persekutuan dan negeri pengeluar minyak. Mereka sepatutnya menasihati perdana menteri, namun majlis ini tak wujud sekarang, “ katanya.
Anda mun

Monday, June 24, 2013

SEJARAH FAKTA BERGAMBAR BAGAIMANA PERJUANGAN UMNO BERMULA






GAMBAR BERSEJARAH BAGAIMANA BERMULANYA PERJUANGAN UMNO?


                               
UMNO INI ASALNYA GABUNGAN NGO-NGO SAHAJA. KEMUDIAN  BERUBAH MENJADI PARTI POLITIK MELAYU YANG UNGGUL ATAS JASA RAKYAT, FEUDAL MELAYU, NGO KENEGERIAN,  ULAMA, WARTAWAN DAN GURU-GURU. MAKLUMAT – PARTI POLITIK MELAYU YANG PERTAMA DITUBUHKAN BUKANNYA UMNO.  

KESATUAN MELAYU MUDA ATAU NAMA SEBENARNYA KESATUAN MELAYU MERDEKA DITUBUHKAN PADA TAHUN 1937  DAN DAN DIIKUTI OLEH PARTI KEBANGSAAN MELAYU MALAYA PADA TAHUN 1945.  SELEPAS ITU BARU DISUSULI OLEH UMNO PADA TAHUN 1946. 

ITU PUN APABILA ELIT FEUDAL MELAYU RASA TERCABAR DAN TERANCAM DENGAN RANCANGAN MALAYAN UNION. KMN DAN PKMM JUGA LEBIH DAHULU MENERIAKKAN SERUAN DAN JIWA MERDEKA SEBELUM DISAMBUT OLEH GOLONGAN FEUDAL MELAYU YANG MENGETUAI UMNO SEBAGAI SERUAN UNTUK MERDEKA MENERUSI KERJASAMA DENGAN PENJAJAH.

PENJAJAH BRITISH MENYEDIAKAN SEGALA LALUAN DAN KEMUDAHAN UNTUK MENJAMIN UMNO BERKUASA MENERUSI PILIHANRAYA. BERLAKU DALAM KEADAAN SEMUA PARTI-PARTI YANG MENENTANG PENJAJAH DIHARAMKAN DAN KEBANYAKAN PEJUANG KEMERDEKAAN YANG TULIN DIJEBLOS KE PENJAJRA DI BAWAH  TEKANAN UNDANG-UNDANG  DARURAT 1948-1960. 

HANYA UMNO DAN GABUNGANNYA SAHAJA DIBENARKAN BERGERAK DENGAN BEBAS.SELEPAS MERDEKA UMNO MENGGUNA PAKAI DAN MEMPERKETATKAN LAGI UNDANG-UNDANG GANAS TINGGALAN PENJAJAH UNTUK MENEKAN KEBANGKITAN RAKYAT HINGGA KINI. ITULAH UMNO DULU,  KINI DAN SELAMANYA JIKA TIDAK MAHU BERUBAH ! 

WAJAH FEUDAL “KETUANAN MELAYU”, KEBANGSAWANAN, ELITIS DAN KINI KORPORAT AMAT MENONJOL. BOLEHKAH ANAK-ANAK RAKYAT YANG MENYERTAINYA AKAN MENGIKUT ACUAN YANG LAIN ? DASAR PRO RAKYAT SEPERTI DEB UNTUK SEMUA TELAH DIUBAH MENJADI DASAR PENSWASTAAN UNTUK  SEGELINTIR. 

DASAR INILAH YANG MENCETUSKAN PERPECAHAN DALAM UMNO DI BAWAH KEPIMPINAN DR MAHATHIR PADA TAHUN 1987 YANG MENYEBABKAN PERTEMBUNGAN  TEAM A DAN TEAM B. DASAR INILAH JUGA  YANG MENYEBABKAN DEB GAGAL MENCAPAI MATLAMAT 30 PERATUS PENGUASAAN MELAYU DALAM EKONOMI MALAYSIA !

               


MELAYA HAK MELAYU .MELAYU TAK ADA NEGERI LAIN. NEGERI CHINA HAK CHINA. NEGERI INDIA HAK INDIAN. KAMU ORANG DAGANG BILA-BILA SUKA ADA NEGERI TEMPAT KAMU PINDAH.  KERANA TAK SUKA FEDERATION, FEDERATION ATAK TENTU MELAYU SENANG

               
                                                         Bendera Malaya sebelum 31ogos 1957
Rakyat bangkit dan tergerak memberi sokongan kepada perjuangan yang suci. Perjuangan yang memunculkan UMNO dipentas sejarah pada tahun 1946. Mengingati perjuangan yang tulin dan penuh bersejarah itulah, maka  Tengku Razaleigh Hamzah menamakan partinya Parti Melayu Semangat 46. Mesejnya inilah perjuangan UMNO yang asal dan sebenarnya,sebuah parti yang perjuangannya untuk agama , bangsa dan tanah air.
Dari domontrasi jalanan ia membentuk sebuah organisasi politik yang padu untuk menuntut kemerdekaan. Justeru jangan menghina sejarah dan mengecilkan perjuangan rakyat.Suara rakyat adalah suara keramat.

Sunday, June 23, 2013

DAULAH RAKYAT JUN 2013

LANJUTAN HIMPUNAN GELITA 505 PADANG MERBOK TUNTUTAN TETAP DITERUSKAN


  • TUNTUTAN DITERUSKAN DENGAN KERAS MENUNTUT PENGERUSI SPR, PENIMBALNYA DAN PESURUHJAYA-PESURUHJAYA  SPR  MELETAK JAWATAN KERANA KEWIBAWAAN SPR TERJEJAS AKIBAT PENIPUAN DI BAWAH KELOLAAN MEREKA DALAM PRU KE 13
  • PRU SEMULA DI  30 KAWASAN YANG TERDAPAT PENIPUAN SECARA TERANG
  • PEMERHATI BEBAS DI KALANGAN NEGARA-NEGARA ASEAN DILANTIK SEBAGAI PEMANTAU BEBAS UNTUK MENILAI PERJALANAN PRU YANG PIAWAI, BEBAS DAN TELUS.
Menurut  Haji Muhamad Sabu ke lapan lapan tuntutan BERSIH tidak diendahkan oleh SPR termasuk dakwat kekal yang tidak kekal. Ini diakui sendiri oleh Pengerusi SPR .Himpunan di Padang Merbok diteruskan dengan kehadiran 100 buah khemah.Termasuk yang tidak pulang setelah jam 7.00 semalam ialah YB Tian Chua MP Batu, MP Bacok Ustaz Marzukh, Aktivis Hisham Rais, Haris Ibrahim, Cikgu Bard dan Arulselvam .
Menurut tuntutan mereka :
Kami tidak akan balik selagi tidak menang. 7 orang yang terlibat dalam penipuan SPR mesti melatak jawatan !


“Ayuh bersama, kita mampu menjadikan kelainan untuk kali ini. Pulang hanya bila menang, anak muda mencipta sejarah. Biarlah malam ini menjadi satu permulaan yang hebat,” ujarnya lagi.

UCAPAN MENGUJAKAN HAJI MAT SABU DI HIMPUNAN BLACK 505 PADANG MERBOK KL

himpunan-suara-black-505-02
Ucapan Mat Sabu yang begitu memikat , menghibur dan mengujakan. Ternyata Mat Sabu dapat menggeletek jiwa peserta perhimpuanan seramai 50.000 dengan cara bersantai . Mereka akur bahawa  himpunan BERSIH dengan 8 tuntutannya yang fundemental adalah perjuangan suci untuk membersihkan Malaysia daripada kemungkaran UBN.
Namun bukannya mudah untuk mengubah. Inilah hakikat politik dunia ketiga di mana kemenangan parti pemerintah KETUANAN MELAYU bergelumang dengan penipuan dan berbagai kesewenangan. Mengapa? Masih ramai rakyat yang hidup dan bernafas dalam dunia kejahilan.
Bahawa politik UMNOlah yang menyelamatkan orang Melayu.Sebenarnya tidak ? Kuasa apabila disalahgunakan akan membawa bencana. Seruan kita tolonglah  saudara kita yang zalim ……….terkejut…………supaya dia mengubah sikap daripada zalim kepada adil menerusi  protes dan peringatan yang terang. Jika tidak mahu ubah juga terserahlah  kepada rakyat.  Jalan perjuangan untuk menjatuhkan rejim yang paling  liat dan  tegar menerusi PRU ini masih panjang. Pendidikan untuk kecelikan politik mesti diwar warkan di peringkat akar umbi untuk melawan diayah, fitnah dan propaganda media UBN.

UCAPAN ANWAR – HIMPUNAN 50.000 BLACK 505 DI PADANG MERBOK KL

Perhimpunan ini dihadiri oleh lebih  daripada 50,000 rakyat yang datang daripada seluruh pelusuk negara. Berjaya mengumpulkan jumlah rakyat yang ramai walau pun berlaku jerebu.Namun rakyat tetap menyambut perhimpunan yang bersejarah ini . Dengan tegas DSAI memutuskan kita akan lawan di dalam parlimen dan di luar parlimen atas penipuan yang terang dalam PRU ke 13 ,Satu pun tuntutan BERSIH, tuntutan rakyat yang mahukan PRU yang bersih dan telus tidak ditunaikan. Termasuk dakwat kekal yang menjadi permainan “sandiwara”

HIMPUNAN BLACK 505 AT PADANG MERBOK – POLIS BAIK NEGARA AMAN


 



MALAYSIA Black 505: Police are “being nice” today and the crowd cheers

         
June 22, 2013
Until now, the Black 505 rally has been incident free and there are an estimated 20,000-plus supporters at Padang Merbok and its surrounds.
Kuala Lumpur police chief Datuk Mohmad Salleh has said no reports have been lodged and nor have there been any arrests. “The situation is under control.”
Although police are present in huge numbers, their duties are confined to traffic regulation and crowd control.
One of the spearkers, Badrul Hisham Shaharil, better known as Chegubard, praises police for “being nice” today.
He then chants “police baik, negara aman” to the cheers of the crowd.
Earlier, the authorities relented and agreed that the Black 505 rally could go on at Padang Merbok.
Dozens of policemen and City Hall officers stood and watched as organisers installed the public address system for the event.
One of the leaders of the rally, Datuk Johari Abdul, confirmed that police and City Hall had given their approval to hold the mass gathering at the field which until several hours ago was out of bounds.
“We thank the government for giving us our space to assemble,” he said.
Johari has also reminded the people already assembled there to sit down and listen to the speeches and not to provoke the police.

HIMPUNAN GELITA 505 DI PADANG MERBOK PADA 22 JUN 2013

Pic: mD/Faisol Mustaffa


Kami turun bukan untuk huru hara – Orang Asal


Muhammad Faeez Azahar, 22 Jun 2013

KUALA LUMPUR: Kira-kira 300 Orang Asal dari Tapah turut hadir dalam himpunan aman Black 505 di Padang Merbok bagi membantah penipuan Pilihan raya Umum ke-13 lalu.
Mereka telah disekat untuk keluar mengundi dan diberi rasuah kepada Orang Asal.
Nama mereka juga tiada dalam senarai pengundi.
“Kami turun bukan untuk huru hara tetapi untuk menuntut hak mereka.
“Hak kami telah dinafikan, kami datang untuk mengundi tetapi disekat. Kami bukan nak membunuh,” kata Bahilit, 50, seorang wakil Orang Asal ketika berucap di hadapan Dataran Merdeka.
Mereka kesal kerana BN meminggirkan mereka sedangkan mereka berasal dari negara ini daripada generasi nenek moyang mereka.
[LAPORAN LANGSUNG]

Anwar IbrahimKetua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Bakri Zinin supaya tidak bersikap seperti pemimpin Umno bahagian untuk cuba menyekat perhimpunan Black 505 Sabtu ini.

Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh menjelaskan perhimpunan itu adalah satu himpunan aman dan polis tidak sepatutnya membuat sekatan atau amaran.

“Majoriti rakyat mengharapkan senario berubah. Perhimpunan kita aman. Saya kesal tindakan diambil terhadap penganjur. Sebelum ini tiada gangguan majlis cuma masalah teknikal. 

“Kami tak ada konfrantasi, cuma timbalan ketua polis negara boleh beri pandangan tapi jangan bagi amaran atau ugut macam ketua bahagian Umno. Kita setuju kalau nak ada perbincangan,” katanya dalam sidang media di Petaling Jaya.
BERITA TERKINI
3.27pm: Mazlan Aliman dalam ucapannya pula berkata, bantahan rakyat akan dibuat secara berterusan selagi mana pimpinan SPR tidak diubah.
“Meskipun BN mendabik dada mendapat mandat rakyat tetapi hakikatnya mandat mereka adalah tipu dan palsu
“Penegasan kita selagi mana SPR tidak diubah kita lawan tetap lawan, lawan sampai menang,” katanya.

PUNCA PERPECAHAN BUKAN KERANA POLITIK TETAPI KERANA KEJAHILAN

UMAT ISLAM BERTELAGAH BUKAN KERANA KEFAHAMAN.MEREKA BERTELAGAH KERANA KEJAHILAN.
Siapa yang mencipta dan memarakkan perpecahan dalam Islam ? Sudah tentu musuh-musuh Islam. Unsur-unsur ke arah perpecahan pasti sudah pun ada berdasarkan garis politik. Pun begitu perlu wujud rasa hormat menghormati di antara satu sama lain.Boleh bersatu sekiranya masing-masing celik politik, bersifat terbuka dan  faham apa dia Islam dan politik Islam yang sebenarnya ?
Perpecahan kini  akan menjadi bertambah marak. Lebih-lebih lagi dikalangan umat Islam yang jahil. Mereka  yang tidak ada dasar pegangan yang kukuh berdasarkan Islam yang  syumul. Mereka yang hanya menerima fatwa yang berat sebelah dan compang camping  daripada ulama yang dilantik oleh politik pihak berkuasa tanpa melihat realiti. Apa yang berlaku secara tepat. Amat jitu kupasan Imam Mujtahid yang ulung  Al Ghazali tentang apa dia hukum ?
            Ada pun Hukum itu  ialah fatwa para ulama disaat berkecamuknya                  kezaliman   untuk memenuhi  tuntutan pihak pemerintah.
Sejarah membuktikan keempat-empat imam besar ahli sunnah wal jamaah  Hanafi, Maliki, Shafie dan Ahmad berada di luar pemerintah. Mereka enggan menerima jawatan mufti supaya memberi fatwa selaras dengan kehendak pihak berkuasa.Mereka menolak  menerima upah dan jawatan kerana takut bersekongkol dengan kezaliman pemerintah dan bersubhat dengan kemungkaran. Mereka ingin menjadi autoriti yang bebas memperkatakan kebenaran berdasarkan Al Quran dan Sunnah.
Bukannya menyesuaikan Quran dan Sunnah dengan  kepentingan politik semasa untuk mengesahkan apa yang salah.Tepatnya apa yang pemerintah buat dengan  sewenang-wenang. Mereka rela menerima risiko atas ketegasan mereka. Hanafi diracun dalam penjara, Imam Ahmad disebat dan  Imam Shafie diftnah kononnya berfahaman syiah.
Justeru bila ulama menentang pemerintah bukan bererti ulama tersebut pendurhaka atau pemecah belah perpaduan.Apa yang ulama sampaikan ialah nasihat yang berdasarkan nas yang perlu diteliti oleh ulama jua untuk disampaikan secara tuntas kepada pihak berkuasa untuk diamalkan demi muslihat umat Islam Dengan itu kefahaman akan bertambah dan kerjasama ulama dan umarak akan terjelma.
Wujudnya Syiah, Wahabi, ajaran sesat, ancaman kristianinasi, sekularisme, liberarlisem dan sebagainya bukan untuk menuduh dan memangsakan sesiapa secara mudah. Bahawa mereka sesat dan punca perpecahan Islam. Isu-isu ini harus ditangani secara bijaksana. Ia menunjukkan betapa dangkalnya kefahaman umat Islam  tentang agama mereka. Adakah ruang untuk menyampaikan Islam yang total secukupnya diberi.  Bertuujuan menjelaskan apa dia iman, apa dia kufur. apa dia Islam yang kaffah apa dia Islam yang berat sebelah?
Bermula dari  sinilah ulama diberi peranan maju ke depan dalam media massa untuk menjelaskan kekeliruan dan menambah kefahaman tentang agama di kalangan umat Islam  sendiri. Nabi Muhammad diutus kepada kaum yang jahiliyyah untuk menjelaskan tentang kebenaran  tauhid berbanding dengan kemusyrikan.
Hakikatnya ISLAM TERLINDUNG DI SEBALIK KEJAHILAN UMAT ISLAM SENDIRI. PERANAN ULAMA UNTUK MEMBUKA DAN MENCELIKKAN UMAT PATUT DIBUKA BUKANNYA DITUDUH SEBAGAI PENGHASUT DAN PEMECAH BELAH PERPADUAN !
TUDUHAN TERSEBUT SANGAT TIDAK BERTANGGUNG ,BERSIFAT POLITIK KEPARTIAN DAN SEBENARNYA MENJADI PUNCA KEPADA PERPECAHAN. TELAH LAMA ISLAM DAN ULAMAK  DIMANGSAKAN OLEH KEADAAN.A  AKIBATNYA  BERTAMBAH-TAMBAHLAH PUAK YANG FANATIK DAN JAHIL MURAKAB DI KALANGAN UMAT INI . MESEJNYA IALAH KEJAHILAN PUNCA PERPECAHAN !

PESTA DEMOKRASI -MENJELANG PERHIMPUNAN AMAN BLACK 505

Terkini!!! Langsung Suasana Himpunan Blackout 505… Wow!! Sambutan Amat Hebat.. Jom Terjah!!!


 


Suasana di hadapan Masjid Negara

POLITIK DUNIA KETIGA YANG WAJIB DIHINDARKAN TETAPI SERING BERLAKU



Apakah dia politik dunia ketiga. ? Politik dunia ketiga ialah politik kedikdatoran, salah guna kuasa dengan berselindung di sebalik demokrasi.   Penggunaan alat-alat kerajaan terutama media untuk tujuan politik dan propaganda  dengan sewenang-wenang.
Timbul istilah demokrasi terpimpin, demokrasi ala itu dan ini. Ianya disesuaikan mengikut selera pihak yang memerintah yang sangat jauh menyimpang daripada nilai demokrasi yang asasi dan standad . Sesuatu yang dikenali  sebagai DEMOKRASI yang asasi. Seorang pengkaji DEMOKRASI  telah mengkritik DEMOKRASI ala AS yang terkenal bebas dengan berkata :
Saya tidak mahu melihat  politik AS tidak jauh berbeza dengan politik dunia ketiga sebagaimana Zimbabwe.  Kemenangan dalam pilihan raya tidak lagi diyakini  malahan amat  diragui oleh rakyat.
Salah satu bentuk penyelewengan yang ketara ialah penggunakan peruntukan kerajaan dan dana  korporat dengan sewenang-wenang untuk tujuan pilihanraya secara bebas tanpa had dan kawalan semata-mata untuk tujuan parti yang memerintah. Mengenai ini seorang ahli politik AS yang terkenal Teodore Rooselvelt ( Presiden AS sebelum Perang Pasifik)  telah memberi amaran, juga nasihat yang berguna. Sejak dari awal beliau telah mengesan kepincangan ini dalam pelksanaan proses demokrasi. Maksud kenyataannya seperti  berikut :
Undang-undang sepatutnya telah diluluskan untuk menyekat penggunaan tabung  korporat untuk tujuan politik sama ada secara langsung atau tidak langsung. Ia bukan sekadar diluluskan saja bahkan mesti dilaksanakan dengan tegas. Undang-undang untuk mengawal bahkan untuk menguatkuasakan amat perlu. Tujuannya  untuk menghalang  penyelewengan  dana korporat  yang berleluasa untuk tujuan politik pihak berkuasa semata-mata.
Amat memeranjatkan dalam gaya politik dunia ketiga rakyat tidak begitu penting. Lebih malang lagi ialah sikap tidak mengendahkan ahli-ahli parti peringkat bawahan :
  • Menganggap ahli biasa tidak penting.Yang terpenting ialah satu dua pemimpin atasan.Merekalah  yang mencorakkan segalannya. Ahli biasa mesti mengikut dengan membuta-tuli. Corak kepimpinan begini walau ada pada parti mana sekali pun wajar dihindari di Malaysia. Mengapa ? Ia melambangkan keangkuhan pemimpin yang tidak sensitif dengan perasaan dan tuntutan orang bawahan.
  • Ramai pemimpin terlupa mereka berkuasa kerana diangkat oleh orang bawahan. Sikap lupa daratan dan kacang lupakan kulit ini sangat meluas dalam kalangan kepimpinan politik kita.Mereka baru tersedar setelah kalah atau tidak lagi berkuasa.Apa jasa yang mereka tinggalkan. Jasanya tidak melekat dalam sejarah dan menjadi ingatan di kalangan rakyat. Pemimpin datang dan pergi tanpa jasa.Yang diingat ialah sisi-sisi yang buruk daripada kepimpinannya.
  • Pemimpin seperti Tun Razak dikenang.Adakah sesiapa yang mengikutinya. Beliau  turun padang menyelami denyut nadi perasaan dan kehendak rakyat. Ramai permimpin berada dipermukaan dan sedikit sangat yang turun ke bawah.Sebab itu kenaikan harga barang, bayaran TOL yang melampau , inflasi yang mengapung ,perumahan,belanja pendidikan yang tinggi  dll permasalahan yang menghimpit rakyat  tidak terasa oleh mereka. Mereka hidup di alam yang lain tanpa membayar bil,  diliputi dengan keistimewaan yang terhebat sedangkan rakyat masih hidup melarat.
AL QURAN MEMBERI PESANAN YANG MUDAH:
APABILA DIBERI KEKUASAAN USAH BERBUAT KESEWENANGAN DAN MENJADIKAN KEKAYAAN ITU BERLEGAR-LEGAR DI SEKITAR SATU GOLONGAN SAHAJA.
Maksud hadis Nabawi menyatakan dua kalangan daripada umatku apabila baik mereka baiklah keseluruhannya.Rosak mereka rosaklah keseluruhannya iaitu ulama’  dan umara’

MENGAMBIL IKTIBAR KENYATAAN TEGAS DR MAHATHIR TENTANG RASUAH

KATA SAIDINA ALI MANUSIA TERSEMBUNYI DI SEBALIK LIDAHNYA . MARI KITA MENILAI KENYATAAN TEGAS DR MAHATHIR TENTANG RASUAH. FATWA BELIAU ORANG YANG MAKAN RASUAH MAKAN BENDA YANG HARAM SEUMPAMA MEMAKAN DAGING BABI.ITU GAMBARAN BURUK TENTANG AIBNYA RASUAH. PERSOALANNYA MENGAPA RASUAH BEGITU BERLELUASA DI MALAYSIA SEBAGAIMANA PENDEDAHAN AWSJ SEHINGGA INDEKSNYA DIKATAKAN MELEBIHI INDONESIA YANG DIMOMOKKAN SEBAGAI NEGARA YANG TERKENAL DENGAN RASUAH .
INI PULA PENDEDAHAN  PERBANDINGAN TENTANG INDEKS RASUAH YANG DIBUAT OLEH ASIAN WALL STREET JOURNAL  DI ANTARA NEGERA-NEGARA YANG TERPALIT DAN TERBURUK DI DUNIA

SUMBER berita berpengaruh dunia, Wall Street Journal, WSJ yang dipetik oleh siaran berita Asia Today melaporkan bahawa Malaysia merupakan Juara Rasuah Dunia. Lebih malang laporan itu memaklumkan kadar rasuah Malaysia lebih buruk berbanding negara yang terkenal dengan rasuahnya iaitu Indonesia.



Selain itu Malaysia dilaporkan sebagai negara paling mudah menerima rasuah menurut kajian yang dijalankan oleh badan pemantauan rasuah dunia, Transparency International.

Saksikan sendiri laporan berita Asia Today tersebut dalam rakaman di bawah ini.
Mana tidaknya, bekas Perdana Menteri Najib Razak ketika masih memegang jawatan Perdana Menteri pun secara terang-terangan memperkenalkan budaya rasuah “I help you, you help me” rujuk sini klik ~ Najib Ajar Anak Kita Budaya Rasuah

MENGAMBIL IKTIBAR DARIPADA HADIS NABI TENTANG RASUAH YANG MAKSUDNYA BEGINI:
Kerosakan umat dahulu kala berlaku apabila sesuatu kesalahan dilakukan oleh rakyat jembel/bawahan mereka yang berkuasa akan menghukum dengan seberat-berat hukuman.Bila kesalahan itu mengenai mereka, pihak yang berkuasa nescaya akan dicari jalan keluar. Sesungguhnya aku Muhammad Rasulullah sekiranya anakku Fatimah mencurI  aku sendiri yang akan memotong tangannya.

PINTU MASIH TERBUKA UNTUK PSM MENYERTAI PAKATAN RAKYAT

Doors still open for PSM, says Anwar

Thursday, 20 June 2013 Super Admin

   
As long as Parti Sosialis Malaysia (PSM) endorses the Pakatan Rakyat common policy, it could join the opposition coalition, said Anwar Ibrahim. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...