Sunday, March 17, 2013

AMALAN ISLAMI

Monday, March 18, 2013

Waktu tidur yang dilarang dalam Islam

Dalam Islam, semua perbuatan boleh menjadi ibadah. Begitu juga tidur, seperti yang dicontohkan oleh Rasulullah saw. Dalam Al-Quran, Allah swt pun menyuruh kita untuk tidur. Namun, ada dua waktu tidur yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk tidak dilakukan iaitu:

1. Tidur di pagi hari selepas solat Subuh

Dari Sakhr bin Wadi'ah Al-Ghamidi radliyallaahu 'anhu bahawasanya Nabi shallallaahu' alaihi wasallam bersabda:

"Ya Allah, berkahilah bagi ummatku pada pagi harinya" (HR. Abu Daud 3/517, Ibnu Majah 2/752, Ath-Thayalisi halaman 175, dan Ibnu Hibban 7/122 dengan sanad sahih).
Ibnul-Qayyim telah berkata tentang keutamaan awal hari dan makruhnya mensia-siakan masa dengan tidur, di mana beliau berkata:

"Termasuk perkara yang makruh bagi mereka - iaitu orang soleh - adalah tidur antara solat Subuh dengan terbitnya matahari, kerana waktu itu adalah waktu yang sangat berharga sekali. Terdapat kebiasaan yang menarik dan agung sekali mengenai pemanfaatan waktu tersebut dari orang-orang soleh, sampai-sampai walaupun mereka berjalan sepanjang malam mereka tidak toleransi untuk berehat pada waktu tersebut hingga matahari terbit. Kerana ia adalah permulaan hari dan sekaligus sebagai kuncinya. Ia merupakan waktu turunnya rezeki, adanya pembahagian, turunnya keberkatan, dan darinya hari itu bergulir dan mengembalikan segala kejadian hari itu atas kejadian saat yang mahal tersebut. Maka perlulah tidurnya pada saat seperti itu seperti tidurnya orang yang terpaksa "(Madaarijus-Saalikiin 1/459).

2. Tidur sebelum Solat Isya '

Diriwayatkan dari Abu Barzah radlyallaahu 'anhu: "Bahwasannya Rasulullah shallallaahu' alaihi wasallam membenci tidur sebelum solat isya 'dan berbual-bual selepasnya" (HR. Bukhari 568 dan Muslim 647).

Majoriti hadis-hadis Nabi menerangkan makruhnya tidur sebelum solat isya '. Oleh sebab itu At-Tirmidzi (1/314) mengatakan: "Majoriti ahli ilmu menyatakan makruh hukumnya tidur sebelum solat isya 'dan berbual-bual selepasnya. Dan sebahagian ulama 'lain memberi keringanan dalam masalah ini. Abdullah bin Mubarak berkata: "Kebanyakan hadis-hadis Nabi melarangnya, sebahagian ulama membolehkan tidur sebelum solat isya 'khusus di bulan Ramadhan sahaja."

Al-Hafidh Ibnu Hajar berkata dalam Fathul-Baari (2/49): "Di antara para ulama melihat adanya keringanan (iaitu) mengecualikan bila ada orang yang akan membangunkannya untuk solat, atau diketahui dari kebiasaannya bahawa tidurnya tidak sampai melewatkan waktu solat. Pendapat ini juga tepat, kerana kita katakan bahawa alasan larangan tersebut adalah kebimbangan terlewatnya waktu solat. "

Wednesday, March 13, 2013

MEMILIH PM ELOK CARI CARA LAIN

Elok cari cara lain untuk memilih Perdana Menteri

oleh Aspan Alias (01-14-12)
 
Sistem pemilihan pemimpin khususnya Perdana Menteri yang ada pada hari ini mungkin penyebab kepada keadaan celaru yang kita sedang hadapi sekarang. Oleh kerana Perdana Menteri di pilih dari pemimpin utama UMNO maka pada hakikatnya seorang Perdana Menteri di pilih oleh lebih kurang 4000 orang perwakilan Melayu UMNO sahaja.

Ia bermakna Perdana Menteri Malaysia itu di tentukan oleh 4000 orang perwakilan UMNO dan orang lain tidak ada kuasa untuk menentukan Perdana Menteri.Kalau dahulu sistem ini merupakan sistem yang baik tetapi oleh kerana sikap tidak bertanggungjawab pemimpin yang di pilih oleh 4000 orang perwakilannya ia sudah menjadi penyebab utama kepada kecelaruan yang kita sedang hadapi sekarang ini.

Empat ribu orang perwakilan ini sebenarnya amat penting kerana merekalah yang menentukan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri. Orang Melayu sendiri tidak boleh memilih siapa Perdana Menteri. Hanya perwakilan yang di berikan mandat oleh ahli-ahli UMNO untuk menentukan siapa Presiden UMNO dan secara konvensyennya seterusnya menjadi Perdana Menteri negara.

Oleh kerana sistem perwakilan inilah yang membuatkan menjadi perwakilan itu sebagai modal perniagaan. Menjadi perwakilan merupakan perniagaan yang sekejap tetapi memberikan pulangan yang besar kerana perwakilan boleh ‘dibeli’ undi-undi mereka dengan harga yang lumayan oleh mereka yang sanggup membayar harga itu semata-mata untuk duduk di kalangan pemimpin-pemimpin tertinggi parti.

Budaya ini sudah menjadi budaya yang menjadi penyebab kepada keruntuhan nilai politik Melayu selama sejak lebih dari dua dekad yang lalu. Kebanyakan pemimpin apabila terpilih menduduki Majlis Tertinggi itu menjadi keliru. Mereka tidak tahu samada mereka yang duduk dalam Majlis Tertinggi itu ada kah oleh kerana kepimpinan mereka atau oleh wang ringgit yang mereka taburkan semasa siri kempen pemilihan parti itu.

Apa-apa yang di beli itu tidak tahan lama. Apabila kita selalu sangat memakan makanan yang di beli dari luar akhirnya kita akan merasa jemu dan balik memasak di rumah untuk mendapatkan kelainan rasa makanan itu. Kata ramai yang mahir dalam isu permakanan, sesiapa yang memakan makan yang di beli dari luar terus-terusan kesihatan tubuh kita akan luntur dalam jangka masa panjang.

Mungkin oleh UMNO di pimpin oleh mereka yang memimpin hasil dari pembelian undi itulah yang menyebabkan batang tubuh UMNO itu sudah menjadi lemah dan menghadapi berbagai-bagai penyakit yang terminal. Yang jelas kita nampak sekarang UMNO sedang menghadapi penyakit ‘cancer’ yang ‘malignant’ kerana semua sel yang baik-baik dalam UMNO itu telah dimakan oleh sel-sel yang jahat. Akhirnya batang tubuh UMNO itu semakin hari semakin lemah walaupun tubuh itu ada lah tubuh yang besar.

Apabila memilh pemimpin seperti memilih Perdana Menteri, mereka yang menghadapi ‘cancer’ inilah yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan pemilihan. Seperti yang kita tahu mereka-mereka yang sakit dan tidak sihat tubuh badan dan pemikiran ini tidak mungkin mampu untuk membuat keputusan yang betul. Dengan pilihan yang salah inilah yang telah memperjudikan nasib bangsa dan negara untuk masa depan.

Maka sistem memilih pemimpin utama negara dengan cara perwakilan ini patut di hentikan dan mencari ‘mechanism’ yang lebih baik dari cara dan sistem sekarang. Pemilihan Perdana Menteri perlu dibuat oleh semua rakyat supaya pemilihan itu benar-benar pilihan rakyat, bukannya di buat oleh perwakilan yang tidak bertanggungjawab boleh melakukan ‘trading’ terhadap undi-undi mereka dengan wang ringgit, kerana kepimpinan negara mesti pemimpin yang mendapat sokongan yang ‘legitimate’ dari rakyat.

Cadangan ini tidak mungkin dapat di lakukan oleh kepimpinan yang sedang memimpin kita kerana cara perwakilan ini menjaga kepentingan peribadi mereka. Hanya satu cara sahaja untuk melakukan perubahan ini, iaitu untuk rakyat melakukan pemindahan kuasa dari yang ada sekarang kepada pihak yang lebih bertanggungjawab terhadap rakyat dan negara.

Malaysia ini negara kita, maka kita lah yang berwajib untuk melakukan perubahan itu. Jangan mengharapkan mereka yang berkepentingan peribadi yang keterlaluan untuk mengubah nasib masa depan negara dan generasi kita. Sistem sekaranglah yang menyebabkan Azeez Rahim misalnya boleh memenangi kerusi MT sedangkan Shahril Samad tidak berjaya untuk mendapatkan sokongan dalam pemilihan yang lalu. Semuanya ini kerana politik perwakilan yang di kotori oleh ‘pembeli-pembeli’ undi yang berlaku tanpa kawalan dalam pemilihan itu.

Negara memerlukan seorang pemimpin Melayu untuk menjaga dan memulakan penggubalan sistem pemilihan PM yang terbaik untuk kita semua yang terdiri dari berbilang kaum ini.
Mungkin ramai yang akan mengkritik saya kerana cadangan ini, tetapi secara seriusnya elok kita semua rakyat memikir dan menimbangkan cadangan ini.

Siapakah dia ulama

Ulama ialah mereka yang menguasai ilmu terutama dalam ilmu-ilmu Islam


BENARKAH HITLER MATI DI INDONESIA



Misteri kematian pemimpin kuku besi Jerman Adolf Hitler, kembali jadi perbincangan hangat. Koran The Daily Telegraph pada 28 September 2009 menerbitkan sebuah laporan, tengkorak yang selama ini didakwa sebagai milik Hitler dan disimpan di Rusia ternyata, bukanlah tengkorak milik pemimpin yang digelar The Fuhrer itu. Dalam program dokumentari History Channel, koran yang diterbitkan di British menjelaskan, tengkorak tersebut merupakan tengkorak seorang perempuan yang meninggal di bawah usia 40 tahun.

Tengkorak yang didakwa sebagai milik Adolf Hitler

Dengan informasi ini, semakin terbuka munculnya spekulasi seputar kematian tokoh Perang Dunia II tersebut. Selama ini, sebahagian masyarakat dunia meyakini pemimpin Nazi (Nationalsozialismus) Jerman tersebut, mati akbibat bunuh diri di salah satu bunker di Berlin pada 30 April 1945 bersama kekasihnya Eva Braun. Ketika itu usia Hitler adalah 56 tahun. Sebahagian lagi beranggapan, Hitler berjaya melarikan diri bersama Eva Braun, yang kemudiannya menghabiskan masa tuanya di Brasil, Argentina atau wilayah lainnya di Amerika Selatan.

Jasad yang didakwa sebagai Adolf Hitler ditemui di bunker bawah tanah

Masing-masing pihak mengemukakan berbagai argumen yang memperkuat dakwaan mereka. Sejumlah dokumen didedahkan dan para saksi pun berbicara. Selain versi yang sudah lama diketahui dunia, terdapat juga versi Indonesia yang boleh dikatakan versi terbaru berhubung kematian The Fuhrer. Dalam versi itu, dijelaskan tentang kemungkinan Hitler melarikan diri ke Indonesia dan meninggal di Surabaya. Dakwaan ini berdasarkan pada temubual seorang doktar warga Bandung, Sosrohusodo.

Sosro merupakan seorang doktar lulusan Universiti Indonesia. Beliau telah menulis pendapatnya pada satu artikel di Pikiran Rakyat pada 1983. Kemudian pada 1994 saya bertemu dengan Sosrohusodo. Hasil wawancara itu telah dimuatkan didalam Pikiran Rakyat pada 24 Februari 1994 dalam bentuk artikel yang cukup panjang. Artikel itulah yang kemudiannya telah dihebahkan di dunia maya kebelakangan ini. Pertemuan dengan Sosrohusodo ketika itu dilakukan atas permintaannya.
“Saya ini sudah tua. Akan tetapi, saya masih memiliki satu beban besar yang hingga kini belum terungkap, yaitu mengenai diktator Jerman Adolf Hitler,” katanya, ketika berbincang di rumahnya yang terletak di Jln. Setiabudhi seberang kampus UPI Bandung. Rumahnya tidak begitu besar, tetapi halamannya cukup luas. Raut gelisah terlihat di wajah Sosrohusodo.
Beliau kemudiannya menunjukkan sejumlah dokumen yang agak lama. Ddokumen tersebut diikat dengan beberapa belit benang. Antara lain ia berisi gambar-gambar lama, yang memperlihatkan seorang lelaki dan perempuan bule warga negara Jerman, paspor, dan buku harian dengan tulisan steno. Terdapat pula foto seorang wanita Sunda, yang dikatakan oleh Sosro sebagai sumber amat penting dan memperkuat teorinya itu.

Lelaki dalam gambar-gambar itu bernama Dr. Poch, ketua sebuah hospital awam di Pulau Sumbawa Besar. Sosro juga sempat berdepan secara langsung beberapa kali dengan Dr. Poch ketika bertugas sebagai pekerja kesihatan di kapal Hope yang dijadikan hospital pada 1960.
“Melalui perbincangan tentang masa lalunya dan ciri-ciri fisik, saya semakin yakin Poch bukan orang sembarangan. Saya curiga dialah Adolf Hitler yang misterius itu. Apalagi, dia ditemani seorang perempuan yang menurut saya wajahnya mirip Eva Braun, kekasihnya. Akan tetapi, keyakinan ini saya pendam sangat lama. Hingga saya selesai bertugas di kapal Hope, rasa penasaran itu belum terjawab,” kata pria kelahiran Gundih Jawa Tengah, yang saat itu berusia 63 tahun.
Kaki Kiri Dr Poch Tidak Normal

Keyakinan dan sekaligus rasa ingin tahu Sosrohusodo muncul kembali, setelah lebih daripada dua puluh tahun kemudian, beliau menemui beberapa maklumat baru. Perkara itulah yang kemudiannya, membuatkan beliau kembali melakukan rekonstruksi pengalamannya, membuka kembali catatan-catatan, dan menterjemahnya dalam bentuk tulisan. Sosro benar-benar tercabar untuk mengungkapkan misteri Dr. Poch. Ketika itu, beliau memperlihatkan sejumlah tulisan yang dibuatnya seperti diktat.

Dari perjumpaannya dengan Dr. Poch, Sosro mengetahui kaki kiri doktor yang berasal daripada Jerman itu tidak normal. Jika Poch berjalan, kakinya mesti diseret. Sementara tangan kiri doktor itu selalu gementar. Misainya dipotong pendek dan hanya tersisa di tengah. Persis seperti yang digayakan pelawak terkenal Charlie Chaplin. Tidak tersisa rambut di kepalanya alias plontos. Jika benar Dr. Poch adalah Hitler, pada saat bertemu Sosro dia berusia 71 tahun. Ini kerana, Hitler dilahirkan pada 1889.
”Saya rasa usianya seperti itu, sesuai dengan penampilan fizikalnya. Saya betul-betul ingat rupa paras fizikalnya, kerana bukan hanya sekali bertemu dengannya dan berbicara tentang hal itu,” kata Sosro.
Hal lain yang membuatkan Sosro berasa hairan, Dr. Poch terbukti tidak memiliki ijazah kedoktoran, tidak memiliki lisen apa pun di bidang kesihatan. Walau bagaimanapun, ternyata beliau mampu memimpin sebuah hospital. Tiap-tiap hari Dr. Poch sering membaluti tubuhnya dengan seragam putih, yakni pakaian khas dunia kedoktoran. Sebagai seorang doktor, Sosro pernah menguji Dr. Poch dengan perbualan mengenai kesihatan.
“Poch ternyata tidak menguasai dunia kesihatan, saya tahu itu. Dari percakapannya, dia tidak memahami bidang kedoktoran. Hal ini semakin menjadi misteri. Jadi, siapakah yang mengangkatnya menjadi pemimpin hospital tersebut. Tentu bukan sembarang orang mampu menjadi pimpinan salah satu lembaga penting seperti itu,” kata Sosro.
Pada satu kesempatan berkunjung ke kediaman Dr. Poch, banyak hal dikemukakan doktor tua tersebut yang kemudiannya memperkuatkan lagi dugaan Sosro. Misalnya, ketika ditanya tentang pemerintahan Hitler, Poch secara terang-terangan memujinya. Dia juga menolak anggapan terjadinya peghapusan etnik besar-besaran terhadap orang Yahudi di Kamp Auschwicz. Padahal, dalam sejarah dunia kisah Kamp Auschwicz ini merupakan sebuah kisah lagenda ketika masa kejayaan Nazi.

Poch juga mengaku tidak tahu-menahu, ketika ditanya tentang kematian Adolf Hitler pada 1945 di Berlin. Dia hanya bercerita, keadaan ketika itu benar-benar kacau-balau dan setiap orang berusaha untuk menyelamatkan diri. Dr. Poch seperti cuba mengelak jika ditanya terlalu mendalam mengenai Hitler dan lain-lain hal berkaitan Nazi. Hampir sepanjang perbualan, lelaki tua yang gemar melukis itu, mengeluh tentang tangan kirinya yang gemetar.

Sosro kemudian meminta izin untuk memeriksa saraf ulnarisnya. Ternyata tidak ada kelainan. Demikian pula dengan tenggorokannya baik-baik saja. Ketika itu, Sosro menyimpulkan kemungkinan “Hitler” hanya menderita parkinson, berikutan usianya yang lanjut. Lalu Sosro menyatakan, kemungkinan penyakit itu terjadi kerana trauma psikis.
“Dugaan saya langsung diiyakan Poch. Saya terkejut juga. Tetapi, ketika saya tanya dengan lebih jauh sejak bilakah beliau menghidapi penyakit itu, Poch malah bertanya kepada isterinya dalam bahasa Jerman. “Ini terjadi ketika Jerman kalah di pertempuran dekat Moskow. Ketika itu, Goebbels mengatakan bahawa kau (Dr Poch) memukul meja berkali-kali.” ujar isterinya seperti diberitahu oleh Sosro.
Siapa Goebbels? Apakah yang dimaksud adalah Joseph Goebbels, wartawan yang banyak membantu gerakan Nazi yang kemudiannya menjadi Menteri Propaganda ketika pemerintahan Hitler?
“Tidak ditahui kebenarannya atau bagaimana, beberapa kali isterinya memanggil Poch dengan sebutan ‘Dolf’. Apakah ini merupakan nama singkatan dari ‘Adolf’ atau bukan, saya tidak begitu pasti. Namun, itulah yang saya dengar,” katanya.
Tulisan Di Majalah 'Zaman'

Pertemuan Sosrohusodo dengan “Hitler” diselebungi dengan banyak kebetulan. Kebetulan pertama, ketika beliau bertugas di Kapal Hope. Kebetulan kedua terjadi pada tahun 1981, setelah lebih dari 21 tahun, pengalaman bertemu dengan Poch terpendam dalam benaknya dan dicatatkan pada buku hariannya, seorang saudaranya datang berkunjung ke Bandung dan menunjukkan majalah Zaman edisi No. 15 Januari 1980. Pada majalah tersebut, terdapat sebuah artikel yang ditulis oleh Heinz Linge, bekas orang kanan Hitler, berjudul “Cerita Nyata Hari Terakhir Seorang Diktator”.
Tulisan tersebut diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia oleh Try Budi Satria. Sambil menunjukan majalah Zaman, Sosro menerangkan, dalam tulisan itu, Linge menceritakan tentang peristiwa 'bunuh diri' Hitler dan Eva Braun. Tulisan itu turut menerangkan tentang kedudukan fizikal Hitler ketika itu.
“Beberapa perenggan dalam tulisan itu membuatkan jantung saya berdegup kencang, seperti menyedarkan saya kembali. Sebab di situ, ada ciri-ciri Hitler yang juga saya temukan pada diri si doktor tua Jerman. Apalagi setelah saya membaca buku biografi Hitler. Semuanya ada kesamaan,” jelas ayah kepada empat orang anak ini.
Heinz Linge menulis,
“Beberapa orang di Jerman mengetahui bahawa Fuhrer sejak itu, jika berjalan, akan menyeret kakinya, iaitu kaki kiri. Penglihatannya juga sudah mula kurang jelas serta rambutnya hampir sama sekali tidak tumbuh. Kemudian, ketika perang semakin mencapai kemuncaknya dan Jerman berada dalam keadaan yang terdesak, Hitler mulai menderita penyakit kejang urat“.
Selain itu, tangan kirinya juga mula gementar semasa berlakunya pertempuran tentera NAZI di Stalingrad yang tidak membawa kejayaan pada tentara Jerman, dan Hitler juga sukar untuk mengatasi tangannya yang gemetar itu. Di akhir artikel itu, Linge menulis,
"Tetapi aku bersyukur bahawa mayat dan kuburan Hitler tidak pernah ditemukan”.
Sosrohusodo semakin ghairah untuk mengungkap misteri Dr. Poch.

Buku Harian Misterius Tentang Kisah Pelarian Nazi

Sosrohusodo menemui fakta menarik dalam buku harian bersaiz saku milik Dr. Poch. Dalam buku lusuh tersebut, ratusan alamat orang asing yang tinggal di berbagai negara di dunia ditemui. Pada beberapa halaman lagi, terdapat coretan tangan yang 'sulit' dibaca. Dibahagian lainnya terdapat tulisan steno. Semuanya berbahasa Jerman.
“Lihat, ini catatannya. Buku ini banyak berbicara dalam usaha pembongkaran tentang tokoh misteri Poch. Memang tidak mudah, tetapi saya tercabar. Mungkin ini hanya soal waktu,” kata Sosro sambil membuka halaman-halaman buku kecil itu.
Memang tidak ada kesan jelas identiti pemilik buku itu. Hanya, ada beberapa 'kod' terdiri atas angka-angka yang tidak jelas maknanya. Pada sampul depan bahagian dalam, tertulis kod J.R. KePaD No. 35637 dan 35638, dengan masing-masing nombor ditanda dengan lambang biologikal lelaki dan perempuan.
“Ini menguatkan lagi dugaan saya, buku itu adalah milik dua orang yang saya yakini sebagai Hitler dan Eva Braun. Mereka cuba merahsiakan identiti serapat yang mungkin, tetapi masih terdapat ruang-ruang yang membawa pada hakikat sebenarnya,” jelasnya.
Sementara nama-nama negara yang tertulis dalam buku itu antara lain ialah Pakistan, Tibet, Argentina, Afrika Selatan dan Itali.

Di salah satu halamannya, terdapat tulisan yang dalam bahasa Indonesia bererti “Organisasi Pelarian. Tuan Oppenheim pengganti Ny. Kruger. Roma Sardegna 79a/1. Ongkos-ongkos (kos) untuk perjalanan ke Amerika Selatan (Argentina)“.
Lalu, ada satu nama dalam buku saku tersebut yang sering disebut-sebut dalam sejarah pelarian orang-orang Nazi, iaitu Prof. Dr. Draganowitch, atau ditulis juga sebagai Draganovic. Di bawah nama Draganovic, tertulis Delegation Argentina da Imigration Europa – Genua Val Albaro 38. Secara terpisah, dibawahnya lagi tertera tulisan Vatikan. Di halaman lain pula, ada tertera Draganovic Kroasia, Roma via Tomacelli 132.
Sosro kemudiannya menunjukan majalah Intisari terbitan Oktober 1983, yang memuat tokoh Klaus Barbie alias Klaus Altmann, bekas anggota risikan Jerman ketika zaman Nazi. Di situ tertulis satu alamat Val Albaro. Disebutkan pula bahawa Draganovic memang memiliki hubungan rapat dengan Vatikan Roma. Profesor inilah yang telah membantu pelarian Klaus Barbie dari Jerman ke Argentina. Pada 1983, Klaus diekstradisi dari Bolivia ke Perancis, negara yang menjatuhkan hukuman mati terhadapnya pada 1947.
“Masih banyak alamat dalam buku ini yang belum saya ketahui, kebenaran kaitannya dengan Nazi. Saya juga sangat berhati-hati tentang hal ini, sebab ia juga membabitkan negara-negara lain. Saya masih perlu bekerja keras menemukan semuanya. Saya yakin jika nama-nama yang tertera dalam buku kecil ini adalah para pelarian Nazi,” katanya.
Perjalanan 'Pelarian' Hitler Dalam Tulisan Steno

Setelah menerima buku catatan harian Dr. Poch dari Ny. S, Sosrohusodo hairan ketika perlu menterjemahkan bahagian yang bertulis dengan huruf steno. Dia bertanya dengan beberapa orang yang memahami tentang stenografi. Namun, mereka kurang memahaminya, kerana model steno itu jarang digunakan pada masa sekarang.
“Akhirnya saya menulis surat pada penerbit buku steno di Jerman, meminta bantuan mereka. Selang beberapa waktu kemudian datang jawapan, steno yang contohnya saya kirimkan itu merupakan stenografi Jerman yang sudah ’kuno’. Namanya sistem Gabelsberger dan sudah lebih dari 60 tahun tidak digunakan lagi,” jelas Sosrohusodo.
Meskipun demikan, pihak penerbit berjanji akan mencari orang yang merupakan ahli steno Gabelsberger. Ternyata penerbit itu menepati janjinya, dengan mengirimkan terjemahan steno itu ke dalam bahasa Jerman. Lalu Sosro menerjemahkannya ke dalam bahasa Indonesia.
Judul catatan itu kurang lebih, “Keterangan Singkat tentang Pengejaran Perorangan oleh Sekutu dan Penguasa Setempat pada Tahun 1946 di Salzburg“. Salzburg adalah nama bagi kota di Austria. Di dalam catatan itu antara lain tertulis, “Kami berdua, isteri saya dan saya, pada tahun 1945 di Salzburg“.

Eva Braun (kiri) dan Adolf Hitler (kanan)

Memang tidak diterangkan secara jelas identiti “kami berdua” dalam catatan tersebut. Tetapi, yang jelas tersirat mereka berdua berada dalam satu 'ancaman'. Antara lain mungkin diburu oleh CIC (United States of America Secret Official).
“Pokoknya, catatan itu menggambarkan penderitaan orang yang diburu oleh pihak berkuasa,” jelas Sosrohusodo.
Selain itu, terdapat pula abjad yang ditulis dengan huruf besar secara 'terang'. Jika diurutkan, kemungkinan ia merupakan perjalan pelarian kedua-duanya. Huruf-huruf itu adalah B, S, G, J, B, S, R. Menurut Sosro, cara singkatan tulisan seperti itu merupakan kebiasaan Hitler ketika membuat catatan. "Kebiasaan ini ditemui dalam karya sastera lain yang saya baca,” ujarnya.
Sosro kemudiannya menterjemahkan dan mengaitkannya dengan kemungkinan perjalanan pelarian Hitler. Kedua-dua mereka memulakan pelarian dari B yang bererti Berlin, ke S (Salzburg), G (Graz), J (Jugoslavia), B (Beograd), S (Sarajevo) dan R (Roma). Roma, menurut Sosro, ialah kota terakhir di Eropah yang menjadi tempat pelarian kedua orang itu (Hitler dan Eva Braun). Kemudian, mereka telah keluar dari Eropah lalu menuju sebuah tempat bernama Pulau Sumbawa.

Sosro membacakan hasil terjemahan dari catatan harian itu,
"Pada hari pertama di bulan Disember, kami mesti bertolak ke R untuk menerima surat paspor yang kemudian berjaya membawa kami meninggalkan Eropah". Keterangan ini sesuai dengan data pada paspor Dr. Poch yang ada menyebut, paspor bernomor 2624/51 diberikan di Rom (tanpa huruf akhir a). Pada catatan buku itu, nama Dragnovic dikaitkan dengan Roma.
Sosro kembali menunjukkan majalah Zaman edisi 14 Mei 1984 ketika membahaskan tentang Berlin dan Salzburg. Menurutnya, sejarah telah mencatat peristiwa jatuhnya pesawat yang membawa surat-surat rahsia Hitler di sekitar Jerman Timur pada tahun 1945.
Kenyataan ini menjadi petunjuk pada perjalanan pelarian mereka mengenai pelarian Hitler, Sosrohusodo menyimpan kisah yang didengarinya daripada masyarakat Sumbawa. Masyarakat di sana bercerita, pada satu ketika, mereka melihat munculnya kapal selam dari laut yang disusuli dengan pendaratan sebuah kenderaan berbentuk bulat.
“Saya mendengar cerita ini dari mulut ke mulut. Saya tertanya-tanya, apakah ini ada kaitan dengan kemungkinan perlarian Hitler menggunakan kapal selam dari Eropah ke perairan Sumbawa? Tidak begitu jelas. Tapi ia bukan sesuatu yang mustahil” katanya.
Sosro sangat yakin, orang besar dan penting Hitler memiliki pengikut yang setia. Mustahil jika mereka (NAZI) tidak memiliki strategi keselamatan ke atas pemimpin tertinggi mereka. Apatah lagi sekarang diketahui beberapa dakwaan terdahulu mengenai kematian Hitler, belum dapat dipastikan.
“Jadi, bukan sesuatu yang mustahil jika pengikutnya memilih Pulau Sumbawa di Indonesia. Sebab ketika itu Indonesia boleh dikatakan sebagai wilayah yang masih terbuka untuk dijadikan tempat persembunyian. Lokasi Pulau Sumbawa juga begitu jauh dari benua Eropah,” ujarnya beralasan.
Sosro turut bercerita mengenai pengakuan Nyonya S berkaitan dengan hal itu. Suatu hari suaminya mencukur misai sama seperti misai Hitler, S kemudiannya bertanya mengenai persamaan misainya itu dengan misai Hitler. Poch malah mengiyakan bahawa dirinya adalah Hitler. “Tapi jangan bilang sama siapa-siapa,” begitu Sosro mengutip ucapan Nyonya S.

Sosrohusodo mungkin seorang yang teguh memegang amanah. Hal itu terbukti ketika dia menutup rapat-rapat kepanjangan nama Nyonya S. Dia hanya mendedahkan identiti lengkapnya dalam bentuk gambar-gambar dan nama tempat Babakan Ciamis.
Sekurang-kurangnya terdapat dua gambar yang menunjukkan hubungan suami isteri antara Nyonya S dan Dr. Poch. Gambar yang dihasilkan di Sumbawa itu disebut Sosro sebagai gambar 'saat keduanya melangsungkan pernikahan di pendopo kabupaten'. Penggunaan pendopo sebagai tempat hajatan menunjukkan kedudukan Dr. Poch yang dihormati di kalangan masyarakat setempat.
Pada gambar itu, terlihat Dr Poch sudah semakin tua, memakai 'suit' yang agak besar, kemeja putih bertali leher dan berkacamata. Sementara Nyoya S pula, mengenakan kebaya putih, berkain batik dan sanggul beruntai bunga yang jatuh di dada kanannya. Tangan kanannya memegang kipas. Gambar mereka diabadikan dalam posisi berdiri.
Sementara pada gambar yang satu lagi, Dr. Poch dan Nyonya S duduk di kerusi. Sementara di belakang mereka berdiri tiga lelaki muda. Jika senyum, kelihatan senyuman di bibir S, sementara di kedua-dua gambar ini, wajah Dr. Poch agak serius. Menjelang pernikahan itulah, kata Sosro, kononnya Dr. Poch menukar agamanya menjadi seorang Muslim. Dr Poch kemudian menggantikan namanya dengan nama Djamaluddin. Mereka kemudiannya telah berpindah ke Surabaya.
Namun nama barunya sebagai seorang mualaf itu seakan tidak digunakan. Hal itu boleh dilihat pada makam Dr Poch di Pemakaman Umum Ngagel Utara, Jalan Bung Tomo, Surabaya. Pada batu nisannya, tertulis nama G. A. Poch. Kebelakangan ini barulah saya (penulis buku) tahu G.A. adalah singkatan daripada Georg (tanpa ”e”) Anton.

Dalam buku tulisan Ir KGPH Soeryo Goeritno bertajuk Hitler Mati Di Indonesia Rahasia Yang Terkuak dalam bab 5, dinyatakan tentang pengakuan Hitler kepada isterinya yang berasal dari Indonesia, Sulaesih, bahawa dia sememangnya Hitler yang sebenarnya, The Fuhrer. Di dalam bab ini juga terdapat pernyataan Stanlin, bahawa yang ditemui mati di dalam bunker di Jerman bukanlah Hitler yang asli. Dibahagian akhir buku ini juga diceritakan bagaimana akhirnya diktator itu meninggal di Indonesia.

Selama ini kematian Hitler memang sangat misteri, kerana tidak ada saksi yang dapat menunjukkan dimana mayat Hitler ataupun mayat Eva Braun. Di Konferensi Postdam tahun 1945, Stanlin menyatakan bahawa mayat Hitler dan Eva Braun tidak ditemui. Stanlin juga mendakwa, The Fuhrer ini lolos dan telah melarikan diri ke Sepanyol atau tempat lain di Amerika Latin. Dan tidak berapa lama selepas itu, terdapat khabar angin yang mengatakan Hitler mungkin telah menggunakan kapal selam untuk ke sebuah pulau.

Tapi tiada sesiapa pun yang tahu nama dan lokasi pulau yang dimaksudkan itu. Dunia antarabangsa sama sekali tidak menyedarinya bahawa seorang pemimpin Nazi yang sangat kejam itu bersembunyi dengan aman di Sumbawa Besar, hingga akhir hayatnya di Surabaya dan telah dimakamkan di pemakaman umum Muslim di Ngagel.


Buku Hitler Mati Di Indonesia Dan Mati Dalam Islam ?

Posted by Mrbelia on 03:26 AM, 08-Jan-13 • Under: Catatan Sejarah


hitlermtix.jpg

Saya yakin anak indonesia sendiri tidak mengetahui akan sejarah dan kemunculan buku Hitler Mati Di Indonesia , Penulis: Ir KGPH Soeryo Goeritno, Msc. diterbitkan oleh :Titik Media Publisher 2010. dan mempunyai 119 halaman. Adakah benar kenyataan buku tersebut ? Atau pelanduk dua serupa yang menyamai Hitler ? .

Sinopsis Buku :

Anda boleh menemui penjelasan mengenai, bagaimana caranya Hitler sampai ke Indonesia, bisa menjadi WNI, dan bekerja menjadi seorang doktor di Rumah Sakit Umum Sumbawa Besar, dan sampai dengan pertemuan Hitler dengan seorang wanita sunda yang akhirnya menjadi isterinya. Juga tentang kesaksian dr Sosro Husodo ketika bertemu dengan Hitler di Sumbawa Besar.

Dan semuanya dilengkapi dengan dokumen-dokumen yang boleh disahkan Hitler yang terkenal sangat bengis di abad ke 20, ternyata bersembunyi di Indonesia sejak tahun 1954 sampai dengan tahun 1970, yang kemudian tercium oleh Sekutu (AS, Uni Sovyet, Inggris dan Prancis) yang selanjutnya diarah oleh Pemerintah Israel yang terus-menerus memburu tokoh NAZI tersebut

Pada tahun 1954 Adolf Hitler masuk ke Indonesia dengan menggunakan nama palsu, dr Poch. Pada awalnya dr Poch tinggal di Dompu lalu pindah ke Bima, selanjutnya pindah ke Kabupaten Sumbawa Besar, kemudian bekerja menjadi dokter di Rumah Sakit Umum Kabupaten Sumbawa Besar. Seluruh penduduk pulau Sumbawa Besar. Seluruh penduduk pulau Sumbawa kenal dengan dokter ini, yang di panggil “dokter Jerman”.

Salah satu peninggalan Adolf Hitler meninggal pada tanggal 15 Januari 1970 di Surabaya, yaitu buku catatan kecil berwarna cokelat ukuran 9x16 cm dengan tebal 44 cm. Buku ini mempunyai pengertian yang sangat besar, kerana merupakan bukti alternatif yang mendakwa bahwa “dr Poch” adalah dewa-Nazi Adolf Hitler.

Kemudian Hitler bertemu dengan seorang gadis bernama Sulaesih yang sedang menggembara ke Sumbawa Besar, yang akhirnya dilamar oleh Hitler. Tidak lama setelah dr Poch melamar Sulaesih, beliau memeluk agama Islam pada tahun 1964, yang disaksikan oleh Ketua Kantor Agama di Sumbawa, (tapi sayang Sulaesih lupa namanya) dan mengganti namanya menjadi Abdul Kohar. Pada tahun 1965 Hitler pun menikahinya.

Kematian Adolf Hitler yang diyakini mati bunuh diri di sebuah bilik, pada tanggal 30 April 1945 di Berlin, tetap masih dipertanyakan dan menjadi misteri. Siapa yang menyaksikan peristiwa di bilik tersebut ketika Hitler bunuh diri? Tidak ada, sumber cerita tersebut hanya dari mulut ke mulut. Dan pada saat itu, walaupun tidak ada saksi dan bukti yang jelas, pihak sekutu tetap mengumumkan secara resmi bahwa Hitler dan isteri, Eva Braun telah meninggal.

Kemungkinan Hitler mati di Indonesia. Kerana Indonesia dianggap tempat yang aman, bagi Hitler. Kepada yang suka mengkaji sejarah tersebut boleh dapatkan buku Hitler Mati Di Indonesia . Saya rasa dimalaysia buku ini tidak dijual

Monday, March 11, 2013

Sabda Rasulullah Tentang Watak Pemimpin Yang akan menjelma selepas ketiadaan beliau

PEMIMPIN YANG MENIPU RAKYAT !!

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (menyokong) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

SURAT BAPA SAIFUL KEPADA MEDIA



Kenyataan penuh bapa Saiful Bukhari  - AZLAN MOHD LAZIM 

Assalamualaikum wmth dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah Yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa.

1. Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Khairil Annas Jusoh, Pegawai Khas kepada Perdana Menteri. Mereka inilah merupakan dalang kepada semua FITNAH LIWAT yang dilakukan terhadap YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melibatkan anak saya.

2. Saya amat kesal atas segala fitnah yang telah dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang membabitkan anak saya Saiful Bukhari.

3. Malah anak saya lansung tidak pernah menceritakan tentang kejadian dan pertuduhan tersebut kepada saya. Saya mengetahui hal anak saya terlibat dan dituduh cuma melalui akhbar milik kerajaan. Saya tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pihak bagi mendapat keterangan dari saya sebagai bapa dari awal hingga tamat perbicaraan.

4. Semua kenyataan-kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh anak saya dan saya sendiri telah dirancang dan diskripkan oleh peguam Zamri Idrus bersama Khairil Annas Jusoh.

5. Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan telah menjadi mangsa fitnah ini.

6. Saya ingin menyatakan walaupun pada ketika perbicaraan berjalan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya sentiasa dilihat berdamping dan bersama dengan anak saya, yang sebenarnya saya lakukan ini semata-mata kerana kasih seorang ayah yang memberi sokongan moral kepada anaknya yang sudah tidak beribu. Saya sememangnya tidak percaya kepada dakwaan-dakwaan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

7. Dengan ini saya memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan famili beliau. Beliau dan familinya telah banyak menderita dan sengsara akibat fitnah ini.

8. Saya lakukan pendedahan ini kerana setelah sekian lama saya mengumpul maklumat-maklumat samaada semasa dalam perbicaraan mahupun yang dikirim kepada saya oleh orang ramai, saya dapati kebenaran mula terserlah dan jelas kelihatan. Pihak pemerintah langsung tidak pernah menemui saya untuk berbincang kes ini apatah lagi mahu bertanya pendapat saya. Segalanya dirancang dengan begitu rapi oleh Khairil Annas Jusoh. Ianya dilakukan dengan begitu terancang sekali.

9. Sebagai seorang Melayu dan Islam, saya mula sedar akan perancangan jahat ini. Saya tidak mahu terus bersekongkol dengan fitnah jahat ini. Saya mahu rakyat yang cintakan negara ini tahu akan niat jahat mereka.

10. Jika niat jahat ini berterusan, bukan sahaja umat Melayu dan Islam hancur tetapi negara musnah. Saya tidak sanggup melihat ini terjadi. Saya mengambil keputusan untuk bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat dan Rakyat Malaysia yang dahagakan kemakmuran dan keamanan bercakap benar dan menentang kejahatan ini.

11. Saya merayu kepada seluruh rakyat negara ini untuk tidak mempercayaai fitnah ini dan marilah kita sama-sama bangun, bersatu menentang kezaliman ini dan bekerja keras agar kebenaran akan muncul. Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah merestui perjuangan ini.

12. Marilah kita juga doakan agar Allah menangkan perjuangan mulia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pemerintahan negara dalam Pilihan Raya ke 13 nanti.

Sekian. Wassalam.

Yang Benar,

………………………………
(AZLAN MOHD LAZIM)


 

 Al QURAN : Surah Hud Ayat 113 - BERMAKSUD :

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang berlaku zalim yang akan menyebabkan kamu dibakar api neraka, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun selain daripada ALLAH SWT. Kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan"

 AL QURAN-SURAH AL-NUR AYAT 4

"Orang yang melemparkan TUDUHAN (ZINA/LIWAT) kepada seseorang yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan EMPAT ORANG SAKSI, maka sebatlah mereka DELAPAN PULUH KALI sebatan dan jangan lah kamu menerima penyaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang yang FASIQ."


Sunday, March 3, 2013

CIRI-CIRI TANAH YANG MENGANDUNG EMAS

Cara-Cara Mengetahui Tanah yang Mengandungi Emas 
 
Cara-Cara Mengetahui Tanah yang Mengandungi Emas
 
Di dunia ada pulahan lombong emas ditemui, yang paling terkenal Lombong Grasberg yang hasilkan bertan-tan emas di dunia ini. Begitu juga di negara kita, Malaysia. Siapa tidak kenal dengan Lombong Emas Lubuk Mandi dan Lombong Emas Penjam. Tapi ada aku kisah semua tu. Yang penting, belakang rumah kita ada ke Emas nih.. Ni ada tip nak tau jenis tanah yang ada emas
Ciri-ciri Tanah Mengandungi Emas
  • Tanah yang mengandung mineral sulfida yang tinggi. (berbau seperti belerang)
  • Wujudnyanya mata air panas di sekitar kawasan tersebut.
  • Sekitarnya ada gunung berapi yang sudah lama ada.
  • Ada aliran sungai di kawasan berhampiran.
  • Mempunyai lapisan tanah lempung yang tebal.
  • Terdapat batuan putih berurat emas (urat kaca atau batuan kaca lutsinar)
Ciri-ciri di atas hanyalah untuk pengesanan awal sahaja, untuk memastikan kewujudan emas sebenar, ujian merkuri dan ujian-ujian lain masih perlu dilaksanakan